
Masyarakat suku kaum Lun Bawang dari Kampung Long Tanid, Long Semadoh, 98850, Lawas, Sarawak.
Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur, Brunei, Sabah dan Sarawak.Di Sarawak, digolongkan dari masyarakat Orang Ulu.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Lun Dayeh yang bermaksud Orang hulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai.). Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi.Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.
Sejarah asal penempatan awal suku kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit kawasan tengah utara Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar abad ke-17 dan ke-18 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kalimantan.
Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan.Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi(Lati ba’). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba’ Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan didalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu’ serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar) mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main.
Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.
Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata dikepala, beret di pinggang, bane dileher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan.
Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristen yang telah disebarkan oleh mubaligh kristen sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti mereka dari aliran Gereja Sidang Injil Borneo(SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.
Sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku kaum Lun Bawang. Namun begitu atas usaha yang berterusan ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang.
Di Sarawak bermula pada 1hb jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak. Semasa perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan. Antara acara yang diadakan ialah “ngiup suling” atau pancaragam buluh, “Malem Padan Liu Burung idih Ruran Ulung” (malam kebudayaan untuk memperagakan pakaian tradisional serta perlawanan antara kampung atau daerah dalam sukan-sukan seperti bola sepak lelaki dan wanita, bola tampar, badminton dan bola baling. selain itu, pameran serta jualan barangan tradisional kaum Lun Bawang juga boleh didapati di luar dewan.
………………………………………………………………………………………………………….
Lun Bawang
Postby Nur Khadijah on Tue Dec 26, 2006 12:09 pm
Kaum Lun Bawang yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kaum Murut (bererti orang buruk atau “dregs” – gelaran yang diberi oleh Raja Brooke, yang mana pemerintahannya ingin supaya kaum ini pupus daripada permukaan bumi Borneo : “Biarlah mereka mati ….. Lagipun mereka ibarat kasut lama yang tidak ada gunanya lagi….Negeri ini akan lebih aman jika kaum Murut dibiar pupus”. (Jungle Fire, Drunk Before Dawn, A New Dawn Over Sarawak)) merupakan etnik pribumi yang menduduki kepulauan Borneo sejak berkurun-kurun lamanya. Menurut Tom Harrison (1959) dan S. Runciman (1960), kaum ini adalah yang terawal menetap di
kawasan pergunungan di pertengahan Pulau Borneo.
Masa kini sebahagian besar kaum ini masih tinggal di Kalimantan Indonesia; 25,000 di Kalimantan, 2,000 di Sabah (dikenali sebagai Lundayeh), lebih 300 di Brunei (Crain 1978) dan lebih kurang 15,000 di Negeri Sarawak (Sarawak Statistic Dept. 1980). Di Negeri Sarawak, mereka tinggal di Bahagian Limbang, terutama sekali di Daerah Lawas.
Pemerintahan Brooke menganggap masyarakat Lun Bawang sebagai etnik yang paling teruk dan sangat berbahaya; orang pemabuk yang terhebat; rumah panjang yang paling kotor (Sarawak Gazette 1936), walaupun adat dan amalan tradisinya tidak jauh berbeza daripada etnik-etnik lain yang terdapat di Sarawak, dan telah diperakui bahawa Sultan Brunei yang pertama ialah seorang Lun Bawang dari keturunan Upai Semaring. Oleh sebab ketidakperhatinan pemerintahan Brooke (Berbagai penyakit merebak) dan hidup yang terpengaruh oleh pelbagai kepercayaan animisme dan pantang larang, bilangan penduduk kaum ini menurun daripada antara 20,000 kepada 5,000 orang dalam tahun 1907 dan kepada 3,000 orang pada tahun 1937 (Laporan Pegawai-Pegawai Daerah pada masa itu – Sarawak Gazette; Drunk Before Dawn). Keadaan orang Lun Bawang terus menyedihkan sehingga seorang Pegawai Daerah melaporkan, kaum Lun Bawang sudah “facing extinction”.
Dalam keadaan yang begitu teruk ini, apabila mubaligh-mubaligh Kristian dibenarkan (pada awal tahun 1920-an tidak dibenarkan) ke kawasan Trusan dalam dekad 1930-an dan menyebarkan ajaran-ajaran Kristian, orang Lun Bawang secara keseluruhannya meninggalkan kepercayaan nenek moyang mereka dan menganut agama Kristian. Mubaligh Kristian dari pertubuhan Borneo Evangelical Mission dari Australia yang bertanggungjawab membawa perubahan kepada masyarakat Lun Bawang sehingga tertubuhnya Sidang Injil Borneo (Evangelical Church of Borneo) selepas Perang Dunia Kedua.
Perubahan yang didatangkan oleh ajaran agama Kristian amat memeranjatkan Raja Charles Vyner Brooke sehingga beliau berkata kepada dua orang mubaligh yang berjumpa dengan beliau ketika lawatannya ke Lawas dalam tahun 1940 :
“Kamu telah membawa perubahan kepada kaum Murut (Lun Bawang) dalam masa tiga tahun saja dibandingkan dengan apa yang pihak kerajaan lakukan dalam masa 40 tahun”
Akibat perubahan ini, keadaan kehidupan kaum Lun Bawang bertambah baik dan teratur. Segala kepercayaan, pegangan animisme dan pantang larang turun temurun ditinggalkan serta-merta sehingga menyebabkan pelupusan beberapa adat resam yang masih boleh digunakan. Perubahan ini juga melibatkan aspek kesihatan, akademik dan sosio-ekonomi. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan populasi kaum Lun Bawang.
Dalam pada itu, Persatuan Lun Bawang Sarawak ditubuhkan untuk menghidupkan kebudayaan dan adat resam yang boleh digunakan selaras dengan kepercayaan agama Kristian yang dianuti.
Kaum Lun Bawang juga telah berusaha supaya kaum Lun Bawang tidak lagi digelar sebagai “Murut” sepertimana yang telah dibuat oleh regime Raja Brooke dalam konsep pemerintahan “divide and rule”.
Penggunaannya amat sensitif seolah seseorang yang menyebut perkataan ini masih menganggap kaum Lun Bawang sebagai bangsa / kaum yang terhina, sangat berbahaya dan terburuk di Borneo. Oleh itu, biarlah perkara ini menjadi sejarah dan tidak wajar dibangkit-bangkitkan, apatah lagi kita kini dalam Kerajaan Malaysia telah hidup berharmoni dan menghormati satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa atau kaum.
Perkara lampau ini kini telah menjadi sejarah selepas pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Sarawak (Dewan Undangan Negeri pada 6.5.2002) – dengan lulusnya Interpretation (Amendment) Bill 2002, iaitu pindaan kepada Interpretation Ordinance 1958) supaya kaum Lun Bawang pada hakikatnya dipanggil sebagai Lun Bawang, salah satu kaum bumiputra di Sarawak.
………………………………………………………………………………………………………….
NOTE: Info dari Facebook: Lun Bawang / Lun Dayeh
Photos: Facebook: Lun Bawang / Lun Dayeh 2009 and Me
Etymology
The word Lun Bawang means people of the country, whilst Lun Dayeh means upriver people or people of the interior and Lun Lod means people living downriver or near the sea. Other names are derived from geographical reference to their rice cultivation, for example Lun Baa’ (swamps) who lives near swampy areas and grow wet rice, and Lun Tana’ Luun (on the land) who cultivates dry rice.
While insisting that they never called themselves Murut, the Lun Bawangs were formerly identified as Murut by the British colonists and by outsiders (other ethnic group).[2] In Lun Bawang language, the word Murut either means ‘to massage’ or ‘to give dowry’, and these meanings have little or no relation at all to the identity of the people. The name Murut might have been derived from the word “Murud”, a mountain located near an old Lun Bawang settlement, hence might have just meant ‘mountain men’ or ‘hill people’ but was instead used by the colonist to identify this ethnic.
In addition to that, ethnologist found that the classification under the name Murut is confusing as the term is used differently in Sabah, Sarawak and Brunei, that is whilst in Brunei and Sarawak it is used to describe the Lun Bawang people, in Sabah it is used to identify an ethnic group that is linguistically and culturally different from the Lun Bawangs. [3] [4]
In Sarawak, the decision to replace the term ‘Murut’ to ‘Lun Bawang’ to identify this ethnic group was made unanimously by Lun Bawang community leaders, and this decision was published in the Sarawak Gazette.[5][6] In the early 1970s, the use of the term Lun Bawang began to gain popularity amongst ethnologist and linguist, and it is now the most commonly used term to identify this ethnic group.
Orgin

The Lun Bawangs made up of one of the ethnic natives that occupied the Borneo Island for centuries. According to Tom Harrisson (1959) and S. Runciman (1960), the Lun Bawang Community is one of the earlier settlers in the mountainous regions of central Borneo and they are related to the Kelabit tribe. It is said that their dialects have some similarities as this may be due to the fact that the Kelabits are also another tribe from the mountainous regions of central Borneo and the Lun Bawang dialect is of the Kelabitic lineage.
The Kelabit people, who has close similarity to the Lun Bawang people, maintain that Lun Bawang people were once Kelabit people who originally resides the Kerayan-Kelabit highland of Central Northeast Borneo. In the seventeenth and eighteenth century, they gradually migrated to the low lands near today’s Sabah, Sarawak and Brunei.
One theory suggests that the migration of the Lun Bawang people to the low lands and gradual spreading out is due to various waves of migration of Lun Bawang people from different clans. The migration of Lun Bawang people from one clan to a region already inhabited by another clan, causes the latter to move to another region, despite them having similar culture and language. The strong clan identity of the Lun Bawang people is shown by their common tradition of identifying themselves based on their village or geographical location, for example, ‘Lun Adang’ who once resides the Adang river basin or ‘Lun Kemaloh’ who comes from the Kemaloh river.
Another theory suggests that the Kelabitic people were once natives of old Brunei, but were pushed upriver into the highlands by the invading tribes such as Kayan, Kenyah and Iban people. The ones that remained downriver (Lun Bawang people) were isolated from the ones who migrated to the highlands (Kelabit), causing their culture and language to slightly diverged.
Sather (1972) however theorised that a similar occurrence happened in East Borneo (now East Kalimantan). The Lundayeh people were once farmers in the lowlands downstream of Malinau river, living closely with the Tidong people. However, attacks by Muslim raiders (Bugis and Tausug) probably in the 17th century, caused them to migrate to the Kerayan highlands, whilst the Tidong people converted to Islam. [7]
Nevertheless, these theories have yet to be proven and there are no substantial evidence to trace the origin of the Lun Bawang people or to prove any of these theories.
History
According to oral tradition, the Lun Bawangs (Murut) were brought under the rule of the Brunei kingdom by peaceful measures during the reign of Awang Alak Betatar. This is said to be accomplished through dealings between the Lun Bawang and Awang Alak Betatar’s brother, Awang Jerambok.
Under the rule of the Brunei kingdom, the Lun Bawang were subject to taxes and tribute. The local leaders from the higher class (lun mebala or lun do’) were apponted titles of nobility and were granted office in the sultanate. Some Lun Bawang were assimilated into Malay culture.
The earliest European written account of the Lun Bawang people is probably by Sir James Brooke in his journal written on December 24, 1850, where he described the oppression that the Lun Bawang (then called Limbang Muruts) people faced by Brunei aristocrats, and where some had fought against this tyranny.
Earlier description of the Lun Bawang people by Europeans were normally brief. Since the beginning, the Europeans had already called the Lun Bawang by the exonym Murut. For example, in Captain Bethune’s Notes on Borneo (1846), he described
The Muruts – Hill tribes of interior of Brune; much oppressed by the Kayans; little known; use the sumpitan.
In James Brooke’s (and Henry Keppel’s) book The Expedition to Borneo of H.M.S. Dido For the Suppression of Piracy (1846), the Murut people were described as inhabitant of Borneo interior, and that the Murut and Dyak people had given place to Kayan people whenever they are in contact with each other.
A more elaborate European account of the Lun Bawang people is by Spenser St. John in 1860, where he described the impoverished condition of the Lun Bawang (then called Limbang Muruts) people under the rule of the Brunei Sultanate. He also gave account of the aborigines (Murut and Bisaya) rise to insurrection, however these rebellions were always suppressed by threat by the Brunei government to bring in Kayans to subdue the opposition.
Spenser St.John also described the tyranny conducted by the Brunei aristocrats upon the Limbang Muruts, which include seizing their children to be sold as slaves if taxes were not paid, and on one occasion, when the Brunei capital were in a state of alarm by the marauding Kayan warriors, the Brunei aristocrat offered a whole Limbang Murut village to be pillaged, in return for the safety of the capital.
Religon
Lun Bawangs were mostly animist before the 1920s. Under the rule of the White Rajahs (Vyner Brooke) in Sarawak, Christian missionaries especially of the Borneo Evangelical Mission denomination had more access to the Lun Bawang highlands and they also preached Christianity to the Lun Bawang people.
The majority of the Lun Bawangs are Christians, predominantly of the Borneo Evangelical Mission denomination. A small number are of other Christian denominations, such as True Jesus Church, the Seventh-day Adventist Church, the Roman Catholic Church, or of another religion, such as Islam and Buddhism.
Festival and Celebration
Lun Bawang people celebrates Irau Aco Lun Bawang (Lun Bawang festival) annually on the first of June in Lawas, Sarawak. This festival is traditionally a celebration of the rice harvest, but now it showcases a variety of Lun Bawang culture and events such as Ruran Ulung (beauty pageant contest) and ngiup suling (bamboo musical instrument band).
The Lun Bawang is an ethnic group found in Central Borneo. They are indigenous to the highlands of East Kalimantan, Brunei (Temburong District), southwest of Sabah (Interior Division) and northern region of Sarawak (Limbang Division). In the Malaysian state of Sarawak, the Lun Bawang are categorised under the Orang Ulu people; whilst in the neighbouring state of Sabah and Krayan valley in Kalimantan, they are more commonly known as Lundayeh or Lun Daye. At a regional level, the Lun Bawang people identified themselves using various names, for example Lun Lod, Lun Baa’ and Lun Tana Luun.
Lun Bawang people are traditionally agriculturalists and practise animal husbandry such as rearing poultry, pigs and buffaloes. Lun Bawangs are also known to be hunters and fishermen.