Wakil rakyat dari suku Orang Ulu – Adun dan Parlimen. Ketua ketua masyarakat – Penghulu, Pemanca, Temanggung, Konselor, Ketua Kampung, Pangerusi JKKKK, Ketua parti politik bahagian, Daerah dan Cawangan.

Bersatu dalam Iman Pengharapan dan Kasih

Bersatu dalam Iman Pengharapan dan Kasih

Pemimpin Gereja- Pendeta, Gembala, Pelayan, Wanita, muda-mudi dan seluruh masyarakat Orang Ulu. Mari kita lihat dari konteks yang luas dam menyeluruh. Pemikiran kita yang sempit sebaliknya akan menguntungkan sebelah pihak dan orang tertentu sahaja. Apa yang akan kita kata dan bahaskan disini adalah untuk KEBAIKAN semua suku Orang Ulu. Tanpa memilih, walaupun kita dari parti politik dan anutan agama yang berbeza. Kita harus bersama, mengambil peranan sesuai dengan hikmat dan ilham serta bertindak sesuai atas kemampuan yang ada pada diri kita masing masing. Tanyalah diri kita, selama ini apakah sumbangan yang telah kita buat untuk suku bangsa kita sendiri?.

‘Perbezaan’ taraf hidup antara suku Orang Ulu di pedalaman Sarawak dengan penduduk Malaysia di negeri negeri yang lain seharusnya tidak ada jurang perbezaan. Walaupun kita suku minoriti di Sarawak dan Malaysia, Keperluan asas seperti; Kesihatan, Pendidikan, Jalanraya, Perhubungan telemunikasi, Kebajikan orang tua yang miskin dan OKU, Kemajuan teknologi Penternakan dan Pertanian, ICT dll…seharusnya sudah dinikmati seperti dinegeri negeri yang lain. Kita adalah 1MALAYSIA. Hak kita sebagai WARGANEGARA Malaysia dan BUMIPUTERA harus diambil kira. Tidak ada alasan lagi kenapa kita Orang Ulu tidak boleh mengecapi semua ini. Kita percaya ‘ MALAYSIA BOLEH’ melakukannya untuk kebaikkan kita Orang Ulu di Sarawak.

Sedikit Info Minyak dan Gas
Sedikit Info Minyak dan Gas

Mengikut catatan, Sarawak adalah salah satu diantara negeri yang terkaya di Malaysia, tetapi mempunyai penduduk yang banyak miskin. Sarawak sangat luas dan kaya dengan hasil bumi semulajadi. Di Malaysia, Sarawak merupakan pengeluar sumber Minyak, Gas, Kayu Balak yang utama.

PERKAMPUNGAN ORANG LUN BAWANG

PERKAMPUNGAN ORANG LUN BAWANG

Akibat aktiviti pembalakan kemusnahan hutan terjadi. Sungai sungai tercemar. Binatang dihutan dan ikan disungai yang selama ini merupakan sumber protien utama Orang Ulu menjadi berkurangan dan dikuatiri akan pupus akibat pencemaran. Perubahan ekosistem ini mempengaruhi cuaca, kehidupan manusia, haiwan serta tanaman dikawasan pedalaman. Suhu meningkat, tanaman kurang subur dan tidak berbuah mengikut musim lagi.

Ikan disungai semakin kurang akibat pencemaran dari aktiviti pembalakan
Ikan disungai semakin kurang akibat pencemaran dari aktiviti pembalakan

Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka. Wawasan 2020 dimana Malaysia mencapai status negara maju 10 tahun lagi akan tiba. Jika keadaan dipedalaman tiada peningkatan dan kemajuan di pedalaman Sarawak, ini adalah amat mendukacitakan.

1Malaysia
1Malaysia

Jika MALAYSIA BOLEH membuat Jambatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA, PUTRAJAYA, BAKUN dan beribu ribu lagi projek MEGA yang lain, kita percaya permintaan yang kecil hanya ‘Menaik-taraf’ keperluan asas Orang Ulu dipedalaman semestinya dapat dilaksanakan.

Memang bagi orang tua yang tiada pendidikan serta mengamalkan cara hidup secara tradisi dan tidak pernah menjejak kaki di kotaraya besar seperti Kuching, Kuala Lumpur apatah lagi PUTRAJAYA, poli-itik ini datang dan pergi. Tanpa projek pembangunan pun mereka masih boleh hidup. Hasil sawah bendang, penternakan dan tanaman sudah cukup. Akan tetapi; harus diingat!!! selama ini, mereka inilah pengundi yang SETIA. Cap TIMBANG sudah melekat dihati dan tidak boleh di-delete dari memori mereka. Walaubagai mana pun, bagi mereka hidup tetap diteruskan. semua mereka tahu YB-YB hanya rajin datang bila tiba musim pilihanraya. Apabila sudah menang, semuanya hilang entah kemana, hilang membawa bersama JANJI JANJI PILIHANRAYA.

Kebajikan Orang Tua dan Orang Kurang Upaya dipedalaman perlu perhatian

Kebajikan Orang Tua dan Orang Kurang Upaya dipedalaman perlu perhatian

Semua Orang Ulu marilah kita berdoa dan berharap agar para pemimpin dalam kerajaan Malaysia dan YB YB yang mewakili suara kita di Parlimen dan Dun diberi hikmat dan minda yang bijaksana agar pantas menyelesaikan masalah. Peka terhadap keperluan dan fokus terhadap pembangunan keperluan fizikal minda serta rohani orang orang yang ada di pedalaman. AMEN.

KLINIK DESA LONG SEMADOH
KLINIK DESA LONG SEMADOH

Klinik Desa Long Semadoh tidak lengkap dangan kemudahan dan bekalan ubat sering tidak mencukupi. Jika ada penduduk yang sakit tenat dan ibu mengandung yang ingin membuat pemeriksaan dan bersalin, mereka terpaksa pergi ke Hospital bandar lawas yang terletak kira kira 100km melalui jalan kayu balak yang tidak diturap memakan masa kira kira 3-5jam atau jika pada musim hujan.kadang kadang perjalanan memakan masa sehari suntuk dalam keadaan yang amat tidak selesa kerana jalan yang rosak dan becak. lebih memeritkan majoriti penduduk disini miskin, kos tambang ke hospital makan minum penginapan dll amat menyusahkan.

Keadaan Jalanraya dikawasan di Long Semadoh-Bakelalan
Keadaan Jalanraya dikawasan di Long Semadoh-Bakelalan
Menternak kerbau sangat sesuai di Long Semadoh
Menternak kerbau sangat sesuai di Long Semadoh

Dahulu Kawasan daerah Long Semadoh pernah diwartakan oleh kerajaan negeri sarawak untuk dijadikan pusat Pertanian. Akan tetapi apa yang kita lihat di Long Semadoh, bangunan pejabat Jabatan Haiwan sudah TUTUP. Papan Tanda TUMBANG. Gate dikunci dan kawasan pejabat ditumbuhi semak samun. Pejabat pertanian pula hanya dikunjungi oleh seorang pegawai yang hanya datang sekali sekala, beliau difahamkan turut memantau kawasan pertanian bagi daerah Long Sukang dan Bakalalan. Ini menyusahkan penduduk Long Semadoh yang majoriti petani dan penternak mendapat khidmat nasihat, memohon bantuan dan menyelasaikan masalah serangan penyakit ternakan dan tanaman, kerana pegawai yang bertugas sering tidak ada di pejabat.

TARAF PENDIDIKAN DITINGGKATKAN

SK LONG SEMADOH. Taraf pendidikan perlu perhatian
SK LONG SEMADOH. Taraf pendidikan perlu perhatian
SK LONG SEMADOH. Taraf pendidikan perlu perhatian
SK LONG SEMADOH. Taraf pendidikan perlu perhatian

Kami Orang Ulu Lun Bawang Memerlukan juga:

  1. PERHUBUNGAN TELEMUNIKASI
  2. KEBAJIKAN ORANG TUA DAN OKU
  3. SUMBER MAKLUMAT ICT

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s