Hari ini 8:51 pagi (11.08.2010) semasa memandu dari Klang menghala ke Kuala Lumpur mengikut Lebuhraya Persekutuan, saya mendapat panggilan telefon dari Lawas. Berita sedih. Salah seorang penduduk kampung kami meninggal; Dari Kampung Long Tanid, Long Semadoh, Lawas.

Sepanjang hari, perasaan saya diselubungi dengan kesedihan. Sedih memikirkan simati keluarga dan anak anak yang telah ditinggalkan. Umur beliau masih muda, sekitar 40an akan tetapi kami pasrah. Semua ini ketentuan dari yang mahakuasa untuk setiap manusia ciptaanNya. Semua ada waktunya; kaya, miskin, sakit, sihat, kelahiran, kehidupan dan akhirnya kematian…

Tulang Moyang di perkuburan
Tulang Moyang di perkuburan

Merenung kembali ke zaman datuk nenek moyang kami suku Lun Bawang. Dahulu kala sebelum suku kami menganuti ajaran agama Kristian upacara pengkebumian si-mati akan melalui beberapa peringkat. Soal darjat dan status si-mati semasa hidup beliau didalam masyarakat memainkan peranan yang begitu besar.

Tembikar seramik/Tempayan tempat menyimpan Tulang

Tembikar seramik/Tempayan tempat menyimpan Tulang

Dahulu kala, Suku Lun Bawang dibahagi kepada beberapa golongan. Golongan yang paling berpengaruh dalam masyarakat dipanggil ‘Lun Do‘. Mereka ini mempunyai tanah yang luas berharta ada gong (tawak), tembikar / tempayan (Rubih), manik (bau / baret) dan banyak ternakan seperti babi, kerbau, lembu dll…

Seterusnya orang kebanyakan dan golongan yang paling rendah adalah hamba (Demulun). ‘Demulun‘ ini biasanya kepunyaan ‘Lun Do‘. Mereka tinggal serumah dan menjaga ternakan dan tanaman tuannya tanpa upah. Hamba ini mempunyai nama samaran seperti; ‘pade item‘ (Padi hitam / Perang), ‘pirit item‘ (pipit hitam) atau ‘tayen‘ (sejenis bakul rotan). Biasanya gelaran ini disebut dikalangan golongan ‘Lun Do‘ agar tidak memalukan peribadi si-hamba.

ZAMAN DAHULU

Tembikar dan Tulang
Tembikar dan Tulang

Apabila ada kematian, mayat si-mati akan melalui beberapa peringkat sebelum tulangnya disimpan didalam ‘rubih‘ iaitu tembikar seramik dan dihantar ke ‘langutan‘ (tanah perkuburan).

Peringkat pertama mayat si-mati akan disimpan didalam keranda yang kelihatan seperti perahu dan mempunyai penutup. Keranda ini diperbuat dari kayu bulat ataupun kulit kayu. Keranda ini akan digantung diatas pokok agar mayat tidak diganggu binatang. Sebuah lubang kecil akan ditebuk dibawah keranda tersebut agar semua ‘teburuk‘ iaitu burok dan kotoran dari mayat boleh mengalir keluar. Ini memakan masa yang lama sehingga mayat itu betul betul reput dan yang tinggal hanya tulang. Dikampung Long Tanid, masih ada sepohon pokok buah ‘buda’ (sejenis mempelam tetapi sangat masam) masih ada tumbuh ditanah pakcik Liwi Buayeh dimana keranda-keranda digantung pada zaman dahulu.

Penulis dan tulang moyangnya
Penulis dan tulang moyangnya

Selepas hanya tinggal tulang barulah proses memindahkan tulang dari keranda ke dalam ‘rubih’ (Tembikar) dibuat. masa itu, keluarga si-mati akan mengadakan jamuan mengikut kemampuan. Biasanya keluarga si-mati akan menghidangkan ‘burak‘ (Arak beras) dan beberapa ekor babi atau kerbau akan dikorbankan. sepanjang hari mereka akan ‘ngeburak‘ (minum arak) sehingga mabuk. Jika keluarga si-mati tidak mampu menyediakan ‘rubih‘ (tembikar) untuk memyimpan tulang si-mati, maka sepupu terdekat yang mampu menyediakan tembikar dan mengadakan jamuan. Maka sebagai ganti, semua harta si-mati akan menjadi kepunyaan sepupu / keluarga yang menyediakan tembikar untuk tulang si-mati.

Tengkorak
Tengkorak

Perkuburan Orang Lun Bawang dahulu biasanya ada ditepi batu besar dan terlindung dari hujan dan panas. Tembikar/tempayan yang berisi tulang dan harta si-mati diletak diatas tanah dan bukan ditanam.

Disekitar sentral Long Semadoh sahaja mempunyai banyak ‘langutan’. Info Seterusnya: KLIK DISINI. Tapak perkuburan ini kita boleh bedakan kepunyaan golongan ‘Lun Do‘ atau sebaliknya melalui jumlah harta seperti ‘rubih‘, ‘bau‘, ‘beret‘, ‘tawak‘ dan barang barang keperluan si-mati yang terdapat disesuatu kawasan perkuburan.

Kawasan ‘langutan‘ ini adalah kawasan yang amat ditakuti. Dipercayai beberapa langutan seperti ‘langutan Abpa Rapuak’ dan ‘langutan anak adi’ di Long Semadoh mempunyai hantu/penunggu yang sering menggangu penduduk yang melintas kawasan tersebut apabila pergi memburu.

ZAMAN SEKARANG
Pengaruh agama Kristian amat mempengaruhi kehidupan orang Lun Bawang sekarang. Ajaran Kristian merubah segalanya. Tabiat buruk seperti ‘ngeburak’ sudah tidak diamalkan lagi. Sistem perhambaan dan sistem kasta juga tidak diamalkan. Aturcara pengkebumian jika ada orang mati dijalankan mengikut ajaran Kristian.

Advertisements
Komen-komen
  1. Rangai berkata:

    Great job!

  2. semion pangiran berkata:

    oooo…..baru sy tahu tq

  3. maureen berkata:

    ba do info nih..belajar benda baru hari ini..

  4. Ara Ara pian berkata:

    ineh info luk do kuan dua anak mucih miek keli..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s