Apakah jadahnya? (meminjam kata pengacara TV popular tu…) Apabila kita membaca suratkahbar dan Internet sepanjang bulan ini. Semua sarat dengan kisah duka dan menyakitkan hati. Kisah segelintir manusia yang tidak berhati perut dan berperangai lebih jijik dari binatang. Bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah.

Sedih melihat mayat bayi dibuang seperti sampah

Sedih melihat mayat bayi dibuang seperti sampah

Dalam tahun 2010 ini sahaja, lebih 60 kes bayi dibuang. Itu jumlah yang kita tahu, jika termasuk yang tidak nampak? Apa sudah jadi dengan akhlak manusia zaman ini? Manusia zaman batu dan hidup primitif pun tidak buat kerja gila ini.

Sedih melihat mayat bayi dibuang seperti sampah

Sedih melihat mayat bayi dibuang seperti sampah

Kita berharap dengan pindaan akta kes pembuangan bayi akan disiasat mengikut seksyen 302 kanun kesiksaan dan hukuman mati akan diterima si-pelaku yang didapati bersalah. Diharap ini akan memberi kesedaran untuk masyarakat. Pihak Polis juga diminta menggunakan kaedah asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bapa bayi malang berkenaan agar dibawa ke muka pengadilan.

ZAMAN DULU
Berbalik dengan orang Lun Bawang. Zaman dulu walaupun suku ini tidak mempunyai agama dan hidup primitif dan berpegang pada undang undang rimba, hubungan seks tidak boleh dilakukan sembarangan. Jika sesiapa ditangkap ketika melakukan zina (Pesait) jika tidak bernasib baik, mereka akan dibunuh ditempat itu juga. Hubungan seks hanya untuk pasangan suami isteri sahaja. Seks dalam kehidupan orang Lun Bawang dulu dianggap kotor. Mengikut cerita orang tua, zaman itu jika kita mengikut orang tua kehutan untuk berburu atau mencari hasil hutan, kita tidak boleh malas apabila diarah melakukan sesuatu kerja. Jika kita malas, apabila ada binatang hasil buruan ‘anu’ atau alat sulit haiwan tersebut akan dibakar(BBQ) dan dihidang untuk makanan si-pemalas tanpa pengetahuannya. Ini untuk mengaibkan dan menjadi pengajaran, ‘anu’ yang kotor/keji untuk si-pemalas.

Namun dalam perayaan (Irau) tertentu, iaitu semasa merayakan kejayaan berhasil memenggal kepala musuh dan melakukan ritual tertentu masa perkahwinan atau kematian. Mereka akan minum arak (Ngeburak) sepanjang hari. Apabila sudah mabuk dan hilang kawalan mereka bebas melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja. Akan tetapi apabila dalam kehidupan harian dan hidup normal, hubungan seks adalah haram. Namun ada segelintir lelaki yang berani kerana mempunyai azimat (Gimet) berani melakukan zina (sait kalai) secara diam diam. Tetapi jika ditangkap, mereka akan dihukum oleh kepala adat.

Dalam Institusi keluarga Orang Lun Bawang Zaman dulu, Jumlah anak sangat penting. Banyak anak bererti keluarga makmur. Ibu dan bapa akan merasa bangga kerana jumlah keturunan akan mempengaruhi kedudukkan individu/keluarga tersebut dalam masyarakat. Anak anak ini akan menjadi harapan dan menjaga mereka dihari tua. perempuan yang mandul dikira malang dan akan hidup tersisih.

Dalam masyarakat Lun Bawang zaman dulu, Ada adat-adat tertentu yang perlu dipatuhi. Adat dibuat mengikut undang undang rimba dan diputuskan mengikut hasil perbincangan orang orang tua yang memegang adat. Mereka inilah yang akan menentukan ringan berat sesuatu hukuman yang akan dikenakan terhadap sipesalah. Adat ini berbeza mengikut puak masing masing.

Dulu istilah ‘Lun Bawang’ ini tidak ujud. Nama ‘Lun Bawang’ ini baru diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sarawak. Dulu orang Lun Bawang hidup berpuak puak didalam hutan dikawasan tanah tinggi/pergunungan dan tinggal dekat dengan sungai. Mereka juga bermusuhan dan berperang (Pebunu/Pekeleb) sesama sendiri untuk menunjukkan kejantanan atau berebut tanah jajahan. Mereka biasanya memperkenalkan diri atau nama puak mengikut nama sungai atau lembah tempat mereka tinggal (Contoh; Lun Adang. Lun Papadi, Lun Belawit, Lun Kurid, Dawa Yagung, Lun Papala dll…)

ZAMAN SEKARANG
Lun Bawang zaman sekarang sudah berubah. Ajaran Kristian menjadi amalan dalam kehidupan harian. ‘Ngeburak‘ dan ‘Pesait‘ tidak lagi diamalkan. Semua ‘Gimet’ juga telah dibuang semenjak menjadi Kristian.

Menjadi tanggung jawab kita semua, mengambil berat akan masalah ini agar tidak terus menjadi barah yang akan menghancurkan masa depan anak anak muda kita.

Say No To ‘PESAIT’.

 

Advertisements
Komen-komen
  1. shaiful berkata:

    klu la bleh pihak krajaan cri(DNA) mak bapak kpda bayi yg dibuang smpai jmpa lps tu jth kan hukuman sekira nya bayi tu mninggal maka mak bapak tu pun patut trima hukuman yg sama atau di seksa sampai MATI(dibunuh)

  2. sam berkata:

    hey.. ba dat niat ninger luk mangun bang tana inih. arang pupu lun tau pana na beza neh keli kuh peh. Kudeng tau ninger anun luk balen dua perita aput tana, ideh ngajar “safe sex” ineh matu tu-tu. Iamo na ineh miek ngegka luk mangun. Itau lun tau, nekali tau Tuhan Yesus, do tau pad-pad pebada, ngimun rat dai ruma, bang tetek ruma tau, ngajar ukum Tuhan, na yeh “safe sex” iamo, paset or pesait ineh sebuleng sala, buku ago pengeh nemada di netau. Bang ukum 10 e Musa, ineh luk ke 7.

    Kuan dua anak adi decur, ideh megai’ siren tau dat iamo’, kudeng na dua anak adi delai luk ngelayu, na te’ ineh mangun. Pad2 tau pebada, na migu ngacekuh luk sinier kuh, kudeng “taboo” bala sex ini kuan pupuh tau, “na nenten ineh, na neh do”, iamo’ mehai iyeh run kuh bahan ketawa tau, kebala tau, sehingga na tau pegayam kudih dengan do’ peh. Do’ tau pad2 ngeberuh terawe tau rat kuh luk kudeng ineh, Roma 12:2 mada netau pale ngeberuh terawe tau. Kebala buku ago’ sex ineh pelaba do’, iamo’ ieh ruen bang abet aweh mo’! Lili ngacing sala, ineh Ukum e Musa luk ke 10 peh.

    o kinanak kuh, tuman me’ niat tau, na mesaluk kuh luk ruen tana’ ini neglili netau secara khusus neh bang luk siren tau, “prevention is better than cure”, this is not a just a slogan!

    taman tinan be a good godly parents. kai nier nemuyuh pale mangun kuh penginud kuan kai inul luk meberuh.

  3. semion pangiran berkata:

    satu pajaran kuan tahu,…….wan tau fikir yeh…do2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s