LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Terkenang ketika kecil dikampung. Hidup tidak terkejar kejar begini. Tanggung jawab terhadap kerja membuat badan menjadi penat dan minda tidak kreatif untuk berkarya.

KUALA LUMPUR (JALAN PETALING)

KUALA LUMPUR (JALAN PETALING)

24jam sehari rasa teramat singkat.
Pagi dari Klang ke Damansara. Tengahari ke Kuala Lumpur. Petang di Kota Damansara dan apabila malam tiba seperti burung, balik ke sarang di Klang. Tekanan kerja dan kesesakkan jalan raya yang dihadapi setiap hari, Isnin ke sabtu membuat kita tertekan. Balik ke rumah, tanggungjawab terhadap keluarga pula menanti. Karenah anak anak harus dilayan.

LEBUH RAYA PERSEKUTUAN

LEBUH RAYA PERSEKUTUAN

Kadang kadang tanggung jawab terhadap pelayanan di gereja, persatuan dan masyarakat sekeliling tidak dapat dilaksanakan. Sekali sekala hati terguris menerima sindiran dari individu tertentu kerana tidak dapat menghadiri acara sosial yang mereka anjurkan. Apakah daya, saya pun ingin mengambil masa untuk merehatkan diri.

JALAN JEM!!!

JALAN JEM!!!

Sebaik baiknya mereka harus faham, kerja kebajikkan harus dibuat mengikut kemampuan dan dilakukkan dengan tanpa paksaan, ikhlas tanpa mengharapkan apa apa balasan, barulah mendapat berkat.

Saat badan terasa letih… Alangkah seronoknya jika dapat balik ke kampung merehatkan minda. Dikampung aman dan damai. Dipagi hari kita dengar bunyi ayam berkokok. Boleh merehatkan diri pergi mandi di sungai yang airnya sejuk atau lepak bersama orang kampung bercerita tentang kisah silam. Tiada gangguan bunyi telefon dan bunyi kereta. Tiada arahan kerja dan bebas melakukan apa apa saja.


Nama kampung Long Tanid ini diambil sempena dengan sebatang anak sungai yang mengalir dari puncak Gunung Buduk Balud ke Sungai Trusan berdekatan dengan kawasan hilir bekas lapangan kapal terbang Long Semadoh( Old Airport).

Kiri-Kanan: KASING TAIE, UKAB LIAU, RURAN TANID, GANANG LIAU, LITAD KAPUNG, PUR TUIE

Kiri-Kanan: KASING TAIE, UKAB LIAU, RURAN TANID, GANANG LIAU, LITAD KAPUNG, PUR TUIE

Penempatan awal tapak asli kampung Long Tanid adalah di ‘Ruma Tican Nanud’ yang bermaksud ‘Rumah yang ditinggalkan kerana banjir’. Penduduk pertama kampung Long Tanid semasa di ‘Ruma Tican Nanud’ ialah : GANANG LIAW, UKAB LIAW, BARU LIUN, ACHANG BALANG, EX-PENGULU LANGUB, PUR TUIE, SAKAI LUUN dan SIGAR LALUNG. Oleh kerana kampung mereka selalu banjir maka mereka pun berpindah ke ‘Pun Apir’.

Keluarga besar semasa di ‘Pun Apir’ pula ialah GANANG LIAU, UKAB LIAU, BARU LIUN, ACHANG BALANG, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan LAKAI BALANG.

Kiri-Kanan: SIPAI BALANG, BARU LIUN, UDANG UKAB, LANGUB PENGIRAN, KAPIT BEROK
Kiri-Kanan: SIPAI BALANG, BARU LIUN, UDANG UKAB, LANGUB PENGIRAN, KAPIT BEROK

Sementara Ex-Pengulu LANGUB PENGIRAN berpindah ke ‘Bang Menangang’ dekat Long Semadoh Naseb dan SAKAI LUUN pula ke Long Beluyu. Mereka berkampung di ‘Pun Apir’ selama lebih kurang 5 tahun.

BERAUK TAIE DAN GERIT SINAWAT
BERAUK TAIE DAN GERIT SINAWAT

Tapak awal kampung yang ada sekarang ini mula-mula diterokai oleh SINAWAT TADEM dan menantunya BERAUK TAIE. Pada masa itu, tempat ini adalah hutan belukar. Mereka talah membina sebuah ‘Barar’ ditapak rumah mendiang Lizeh Sigar yang ada sekarang ini. Sekitar tahun 1959, Penduduk kampung ‘Pun Apir’ pun bergabung dengan keluarga SINAWAT TADEM dan keluarga BUAYEH TADEM yang juga telah turut berpindah dari kampung Long Beluyu.

Gabungan antara SINAWAT TADEM, BUAYEH TADEM, BARU LIUN, GANANG LIAU, UKAB LIAU, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan ACHANG BALANG telah membina sederet rumah panjang. Tapak rumah mereka pada masa itu adalah dari rumah Balang sigar sampai rumah Dari Agung yang ada sekarang ini. Sementara BESAR PARU, RUGU BATUN datang berijrah dari kampung Long Beluyu dan TEBARI BALANG dari Long Kerebangan pula bergabung membina sederet rumah panjang yang berasingan. Seterusnya, PADAN BATUN dan TAIE BATUN berijrah dari Indonesia juga membina rumah masing-masing di kampung ini.

Nama-nama inilah yang telah memulakan penempatan awal sejarah kampung LONG TANID. Jasa mereka ini akan dikenang dan menjadi sejarah awal bagaimana kampung Long Tanid dimulakan.

KETUA KAMPUNG PADAN UKAB, MARIANA SELUTAN DAN IBUNYA KASING TAIE
KETUA KAMPUNG PADAN UKAB, MARIANA SELUTAN DAN IBUNYA KASING TAIE

Ketua Kampung yang pertama ialah GANANG LIAU yang juga merangkap Penghulu bagi seluruh kawasan Trusan Ulu. Beliau diganti oleh BARU LIUN yang diwakili oleh SAKAI UKAB. Selepas BARU LIUN bersara, PADAN UKAB pula menjadi ketua kampung sehingga ke sekarang ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s