Saat fikiran berkecamuk, rasa gundah gelisah melanda, melayang tenggelam dalam dunia minda. Mencari dan ingin mengerti siapakah diri ini? Sejarah dan kejadian yang telah terjadi dahulu kala seharusnya menjadi pedoman dan panduan untuk meneruskan kehidupan. Ya! saya Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut atau “dregs” – gelaran yang diberi oleh Raja Brooke.

Kami dari suku minoriti Orang Ulu. Walaupun dari suku Bangsa yang sedikit dengan jumlah sekitar 25,000 di Kalimantan Indonesia, 2,000 di Sabah (disana dikenali sebagai Lun Dayeh), di Brunei lebih 300 (Crain 1978) dan lebih kurang 15,000 di Negeri Sarawak (Sarawak Statistic Dept. 1980) berbanding jumlah penduduk di bumi bertuah Malaysia yang berjumlah mencecah 28.9 juta orang pada tahun 2010 ini. (info keseluruhan; KLIK DISINI)

Kami kecil dan sedikit akan tetapi seperti Betlahem Efrata (Mikha 5:1) telah lahir ramai pemimpin yang membuat kami bangga. Mereka memberi kami motivasi dan panduan agar terus hidup maju dan bersatu. Mereka terlibat dalam perbagai bidang seperti parti Politik, Sukan, perniagaan, kerohanian dan lain lain.

Dalam bidang kerohanian. Mengikut rekod yang saya ada, disemenanjung Malaysia ada lebih 30 orang Lun Bawang melayani di ladang Tuhan. Bekas Presiden SIB Sarawak, Arwah Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2003, dimana kejadian ini tidak akan dilupakan oleh semua pengikut Gereja SIB di seluruh Malaysia. Banyak orang Lun Bawang lepasan sekolah teologi Kristian melayani diseluruh dunia dan di Sarawak mereka ada dimana mana.

Jika dibidang politik pula; nama seperti arwah Dato Racha Umong, arwah Dr. Judson Sakai dan yang masih aktif sekarang seperti YB Nelson Balang (ADUN), YB Dato Henry Sum ( PARLIMEN) dan Saudara Baru Bian (CHAIRMAN PKR Sarawak). Walaupun berlainan parti politik, saya percaya mereka mempunyai tujuan yang sama. Semua mewakili suara rakyat Orang Ulu terutama suku Lun Bawang agar HAK HAK diberi perhatian oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Jika tidak berpuas hati dengan apa yang mereka (YB) telah buat untuk kita, Kita boleh melakukan perubahan di kertas undi bila datang pilihanraya.(Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya)

Dalam bidang sukan pula, nama arwah saudara Balang Lasong atlet rejam lembing kebangsaan yang pernah memenangi empat pingat emas di Sukan SEA dan meninggal pada 15/04/2008, menaikkan lagi nama suku kaum Lun Bawang.

Dalam penerbitan media cetak, Jasa saudara Meechang Tuie, Jayl Langub dan Ricky Ganang mengadakan penyelidikkan dan menulis buku, risalah dan kamus mengenai bahasa, adat, kebudayaan dan kesenian suku kaum Lun Bawang akan menjadi rujukan dikemudian hari.

Banyak lagi nama nama yang telah menabur jasa, tetapi tidak ditulis disini. Mereka telah berusaha dibarisan hadapan untuk membawa bangsa Lun Bawang maju agar setaraf dengan bangsa yang lain. Marilah kita bersatu, merintis jalan, memberi pertolongan , panduan dengan menabur bakti melalui cara yang kita mampu lakukan. Agar bangsa kita ini terus maju dan jangan mengharapkan bangsa lain melakukannya untuk kita.

Melihat kembali, Gelambang tsunami melanda orang suku Lun Bawang dalam dekad 1930-an. Pemerintahan Brooke pernah menganggap Lun Bawang sebagai “Dregs”, sangat teruk, berbahaya, pemabuk dan mempunyai rumah yang paling kotor (Sarawak Gazette 1936). Ucapan syukur kapada Tuhan, Mubaligh Kristian dari Borneo Evangelical Mission (BEM) dari Australia yang bertanggungjawab membawa firman Tuhan dan perubahan terjadi kepada masyarakat Lun Bawang sehingga tertubuhnya Sidang Injil Borneo (Evangelical Church of Borneo).

Perubahan ini amat memeranjatkan Raja Charles Vyner Brooke. Pada tahun 1940, Beliau pernah berkata kepada dua orang mubaligh di Lawas :”Kamu membawa perubahan dikalangan orang Lun Bawang dalam masa tiga tahun saja berbanding apa yang pihak kerajaan lakukan dalam masa 40 tahun”

Akibat ajaran Kristian yang dianuti dengan taat dan setia, keadaan kehidupan kaum Lun Bawang bertambah baik dan teratur. Segala kepercayaan anutan animisme dan pantang larang turun temurun ditinggalkan serta-merta. Aspek kesihatan, akademik dan sosio-ekonomi secara tidak langsung juga telah meningkatkan populasi kaum Lun Bawang sehingga ke hari ini.

“KINANAK LUTEP NGENAU LUK DO”
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s