TETEL, LUN DO DAN ANAK MATE

Posted: 6 September 2010 in Aktiviti, Food, General, Life, Religion, Sejarah, Uncategorized
Tag:, , , , , , , , , , ,

Pejam celik tanpa disedari, kita sudah dibulan september. Bila dibuka dairi kehidupan lampau tiada banyak perubahan atau kejayaan yang sudah dicapai. Namun dalam kehidupan ini, banyak perkara yang telah dilalui dan harus disyukuri kerana kasih dan anugerahNya kita masih ada. Makan minum dan keperluan harian sentiasa mencukupi. Jika kita melihat sekeliling kita dan negara lain, banyak lagi insan insan lain yang lebih susah dan malang yang lebih memerlukan pertolongan.

Semasa kecil dikampung. Seawal jam 5 pagi, bunyi ayam berkokok menjadi ‘Alarm Clock’ dan kita bangun. Suasana tenteram dan sejuk. Sunyi dan sepi. Duduk ditepi ‘Tetel’ unggun api menunggu hari siang untuk meneruskan kehidupan yang diibarat kais pagi, kais petang.

Daran dan Tetel
Daran dan Tetel

Terkenang suatu pagi ditepi ‘tetel’ unggun api, Ayah berkata; “Anak ku, orang suku Lun Bawang zaman dahulu kala tidak sembarangan memberi nasihat. Mereka ‘Ngaremen’ – kedekut memberi nasihat atau ilmu yang mereka ada kerana takut orang lain tahu rahasia keberhasilan mereka dan tidak mahu orang lain menjadi lebih baik dari mereka. Nasihat atau pedoman hidup hanya akan diberitahu khas untuk keluarganya sahaja”.

“Anakku, ada satu cerita; dahulu kala ada seorang ‘Lun Do’ – bangsawan. Beliau mempunyai seorang anak. Setiap pagi, semasa duduk ditepi ‘tetel’ unggun api, bangsawan ini menasihati anaknya agar menjadi manusia yang berguna. Memberi didikan dan panduan bagai mana menjadi insan yang berjaya, agar suatu hari nanti menjadi kebanggaan keluarga. Segala pengalaman hidupnya dicurahkan. Namun sungguh malang sekali. Anak tunggalnya itu tidak menghargai segala nasihat yang diberi oleh orang tuanya”.

“Pada masa yang sama juga, secara diam diam ada seorang anak yatim piatu duduk dibawah ‘Yang Barat’ – kolong rumah tersebut diam diam mendengar nasihat sibangsawan dengan anaknya tadi. Anak yatim ini menuruti segala panduan dan pengalaman hidup sibangsawan dan melakukanya. Akhir cerita; anak yatim ini berjaya dalam kehidupan dan menjadi kaya raya dan anak sibangsawan pula gagal dalam kehidupan dan menjadi miskin papa kedana”.

TETEL
TETEL

Apakah yang kita dapat dari cerita tersebut? Renung renungkanlah. Ingat bila kita berjauhan dari kedua orang tua kita. Imbas kembali segala memori dan nasihat yang telah diberi oleh orang tua kita semasa duduk ditepi ‘tetel’.

“Ngerawe bada’ Taman idi Tinan”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s