Penduduk Kampung Long Tanid

Penduduk Kampung Long Tanid

NOTE: SILA KLIK ATAS  GAMBAR DIATAS

Penduduk Kampung Long Tanid

Penduduk Kampung Long Tanid

NOTE: SILA KLIK DIATAS GAMBAR DIATAS

Pejam celik, sekarang sudah masuk 15 hari dibulan Disember 2010, beberapa hari lagi perayaan Natal akan disambut dengan meriah oleh penganut ajaran Kristian diseluruh dunia. Terbayang wajah sanak saudara jauh dipedalaman Sarawak. Sedih rasanya tidak dapat bersama merayakan Natal bersama mereka.

Jujur saya katakan, semeriah bagaimanapun suasana Natal diperantauan, secantik mana hiasan yang ada di ruang tamu atau sebanyak mana hidangan yang disediakan, semuanya tidak bererti, jika Natal disambut tanpa ada ibu, bapa, saudara mara dan sahabat handai ada bersama. Namun saya bersyukur kerana ada beberapa rakan dan saudara mara yang senasib tak dapat balik ke kampung halaman. Mereka inilah teman kami sekeluarga menyambut Natal nanti, walaupun dalam suasana yang begitu serderhana.

Merenung kembali, sepanjang melalui tahun 2010 ini. Dari bulan Januari hingga Disember ini, hidup ditempuhi melalui banyak pengalaman. Pengalaman ini dikumpul agar menjadi kekuatan dan pedoman untuk menempuh hari hari ditahun baru 2011 nanti.

Marilah, bersama kita belajar. Renung kembali perjalanan hidup kita sepanjang tahun 2010 ini. Tanya diri kita masing masing. Apakah yang telah kita buat untuk diri kita? keluarga kita? kampung kita? Gereja kita? Bangsa kita Lun Bawang? dan masyarakat sekeliling kita? Adakah kita telah berjaya mencapai semua impian yang sekian lama kita idamkan? Berapa tinggikah tahap kejayaan yang telah kita capai? Adakah kita sudah puas? Jika keputusan sebaliknya, Apakah yang akan kita lakukan untuk meningkatkan pencapaian dan membetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan?

Bagi yang pulang kekampung sempena Natal ini, Pulanglah… pupuk dan jalinkan semula semangat kekeluargaan dengan saudara mara yang telah lama terpisah. Berceritalah tentang berkat berkat yang dikaruniakan oleh Nya sepanjang diperantauan. Ambil kesempatan ini untuk saling bermaafan dan mengiratkan tali persaudaraan yang mungkin selama ini kian kendur.

Salam doa persaudaraan dari kami yang ada diperantauan untuk semua penganut agama Kristian diseluruh dunia. Damai sejahtera dalam kasih Yesus, dengan iman dan pengharapan agar hidup kita semua sentiasa dilimpahi dengan anugerah dari surga. Amen.

“SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU 2011”

Klik atas ucapan “SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU 2011”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s