BERUBAHLAH! O PUPUH KUH, LUN BAWANG

Posted: 29 Januari 2011 in General, Life, Politik, Sejarah
Tag:, , , , , , , , , , , ,

Salam sejahtera, selamat meneruskan perjuang di pentas dunia. Tinggi harapan, semoga semuanya berjalan dengan lancar apabila kita melangkah ditahun baru 2011 ini. Kali ini saya akan membawa kita merenung beberapa perkara. Perkara yang sering diabaikan dan TIDAK diambil berat oleh segelintir generasi kita.

Saudaraku Lun Bawang, mari kita renung dan fikirkan. Sejarah bermula dimana reformasi terjadi diantara suku kita apabila  agama Kristen disebarkan oleh mubaligh sekitar tahun 1928-1930an. Agama Kristian telah memperkenalkan perubahan-perubahan yang amat ketara terhadap struktur masyarakat kita. Dahulu kita menganuti ajaran ananisme dan pada suatu ketika suku kita nyaris nyaris pupus akibat dilanda wabak penyakit kerana mengamalkan cara hidup yang kotor. Namun syukurlah, kita diselamatkan olehNya. INFO DISINI. Sekitar tahun 1970an, gelombang tsunami melanda lagi. ‘Kebangunan Rohani’ terjadi diseluruh gereja SIB yang diduduki oleh kaum Lun Bawang. Perubahan ini bagi saya telah membunuh secara total anutan ananisme, kualiti hidup semakin meningkat dimana pekaleb (Head Hunter)semua gimet, urep telah dibuang. Sistem kasta dan darjat serta istilah Lun Do dan Demulun tidak diguna pakai lagi.

Tahun datang silih berganti, dari tahun 1930 – 2011 sudah lebih 80 tahun suku kita Lun Bawang menjadi Kristian. Apabila kita lihat disekeliling kita, berapa orangkah lagi Lun Bawang yang berusia lebih dari 80an yang masih hidup? Buat generasi baru seperti saya, Mari kita imbas kembali sejarah zaman silam, kita belajar dan perbaiki kekurangan dengan cara bersatu, memberi pertolongan dan dorongan, menunjuk jalan bagi generasi muda. Saling tegur dan membaiki kesilapan sesama kita dan bergandingan tangan menuju kearah satu matlamat iaitu mempunyai visi dan misi untuk meletakkan suku Lun Bawang yang dari suku minoriti yang masih ketinggalan ini, agar dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa setaraf dengan kaum kaum yang lain yang ada di bumi Malaysia ini.

Kini cara hidup kita orang Lun Bawang telah banyak berubah. Pengaruh anutan agama, politik, pendidikan, budaya luar yang kita lihat dari tv, internet, suratkhabar dan pengaruh sekeliling  memainkan peranannya. Sesungguhnya banyak generasi muda yang keliru.  Soal maruah dibelakangkan. Mereka sanggup putus hubungan keluarga. Contoh dalam soal Politik, Mereka melakukan keputusan yang salah dan tanpa mereka sedari telah menguntung serta menjadikan kelompok tertentu kaya raya berharta dengan nilai harta berjuta juta dan berbilion bilion ringgit! INFO DISINI.Disini berani saya katakan, mereka ini bak ibarat kisah Pak Kadok, ayam sabung menang kampung tergadai! Oleh itu… Wahai orang Lun bawang! kita buat reformasi lagi! BERUBAHLAH! Saya percaya, setiap kali gelombang tsunami reformasi terjadi diantara orang Lun Bawang, hasilnya pasti membawa kebaikan.

Sekarang dibumi Sarawak, berita hangat mengenai bila tarikh pilihan raya diadakan menjadi sebutan. Semua tertanya tanya termasuk saya. Oleh itu apabila mengundi nanti, buatlah pilihan yang bijak! Fikirkan masa depan bangsa kita orang Lun Bawang. Fikirkan masa depan agama kita orang Lun Bawang. Fikirkan masa depan kampung kita orang Lun Bawang, Fikirkan masa depan keluarga dan anak anak cucu kita orang Lun Bawang. Bagi saya secara peribadi, Saya menyatakan sekali lagi dengan cara terbuka, saya menyokong saudara kita Baru Bian. INFO DISINI. Matlamat dan arah tuju perjuangan politik beliau sangat jelas! Selama ini, kita telah kehilangan banyak HAK sebagai penduduk bumiputra Sarawak. Bukalah mata dan minda, BERUBAHLAH! Bagi peluang untuk saudara Baru Bian melakukan PERUBAHAN dibumi Sarawak.

NOTE:sila KLIK huruf yang ada warna untuk info.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s