Bahang pilihan raya peringkat negeri Sarawak kian membara. Dari pelusuk desa dipedalaman dihulu sungai, dari kawasan pergunungan hingga ke bandar bandar besar, kedengaran banyak suara rakyat di Sarawak yang ingin BERUBAH!. Mereka secara terbuka menyatakan sokongan pada parti PKR dibawah pimpinan saudara Baru Bian. (INFO DISINI:KLIK)

BARU BIAN

BARU BIAN

Namun demikian, saya membidas perangai sebilangan orang dari badan kerajaan, ketua ketua masyarakat dan YB YB serta  segelintir penduduk Sarawak yang membisu dan berdiam diri mengenai pendirian mereka mengenai pergolakkan politik yang kian hangat diperkatakan (Siapa makan cili dia terasa pedas). Mungkin mereka dalam ‘Zon Selesa’ sehingga mereka lupa dan tidak memperdulikan dari mana asal usul mereka dan dari mana ‘sumber’ gaji yang mereka dapat setiap bulan. Kawan, Jangan jadi si Tanggang; apabila dah hidup senang di bandar, orang miskin yang kurang pendidikan dikampung dilupakan. Jangan jadi Pak Kaduk, ayam(BN) menang, kampung dan tanah adat pribumi (NCR) tergadai. Mungkinkah mereka takut kehilangan kedudukan, pekerjaan, turun pangkat atau kehilangan wang pencen kerana melawan BN yang memerintah sekarang?, walaupun jauh disudut hati mereka, mereka tahu keadaan sebenarnya sosioal ekonomi penduduk pribumi Sarawak, yang jauh ketinggalan dalam infrastruktur dan kemudahan awam dari penduduk negeri negeri lain yang ada di Malaysia? Renung renung, dan fikirkanlah!

Ingat kawan, gaji yang kamu dapat adalah hasil dari wang cukai rakyat, hasil dari perut bumi Sarawak; hasil kayu balak, minyak, gas dan hasil tanah NCR rakyat pribumi miskin yang dirampas secara halus atas alasan ‘Projek Pembangunan’ dan diberi untuk ‘mengkayakan’ syarikat kroni kroni BN. Ingat kawan, Gaji yang kamu dapat bukan dari poket peribadi YB YB, ketua menteri dan kroni krani BNnya yang telah memerintah lebih 30 tahun yang menjadikan mereka bergelar jutawan, kaya raya dan berharta bernilai berbilioan ringgit yang disimpan dan dilabur diluar negara.

BERUBAHLAH!. Apabila masa mengundi nanti. Jangan takut dengan BN Sarawak. Undilah parti PKR untuk perubahan. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi berparlimen. Dimana setiap undi adalah dijamin rahsia dan adalah HAK peribadi untuk membuat keputusan. Buka minda dan berfikirlah secara waras. Berdoalah minta hikmat untuk memilih. Undilah untuk masa depan anak cucu, agama, adat, warisan kebudayaan, hutan dan sungai kita orang pribumi Sarawak.

Ingat ini kawan, Sarawak sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang kaya dengan hasil buminya. Namun, Kenyataan yang sah dan nyata, sejak BN memerintah Sarawak lebih 47 tahun, rakyat Sarawak tetap hidup menderita. Negeri ketiga termiskin di Malaysia, penduduk hidup daif serba kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam. Rakyat terpaksa merantau jauh meninggalkan keluarga ke negeri orang mencari nafkah, dengan harapan agar hidup terlepas dari taraf miskin tegar. Ini semua terjadi, kerana peluang pekerjaan dan gaji yang amat kurang di Sarawak, kerana pentadbiran lemah kerajaan BN yang dimonopoli selama 30 tahun oleh syarikat keluarga ketua menteri dan kroni kroninya. BERUBAHLAH! (INFO DISINI: SARAWAK REPORT)

Abraham Lincoln bekas Presiden Amereka pernah berkata; ”Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara”. Sebagai penduduk peribumi dari suku Orang Ulu Sarawak, Saya berani menyuarakan ‘pendapat peribadi’ saya untuk tatapan umum. Inilah sumbangan dan suara saya agar HAK HAK rakyat Sarawak yang telah ditindas dan tanah NCR dirampas secara halus atas nama ‘Projek Pembangunan’ oleh kerajan BN Sarawak, dikembalikan kepada empunya yang sah!

Fikir dan renungkan ini. Berapa banyakkah projek ‘Mega’ Sarawak yang dibuat oleh kerajaan BN  sekarang berfaedah kepada penduduk asal pribumi Sarawak?, Empangan Bakun?  Sebenarnya, penduduk ditindas secara halus atas nama ‘Projek Pembangunan’, mereka disuruh pindah dan dihalau. Tanah NCR diambil tanpa ganti rugi yang setimpal.  ‘Empangan Bakun’. (INFO DISINI: http://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/01/22/13919/

Empangan Bakun
Empangan Bakun

 

Cerita berulang! Pilihanraya sudah dekat, maka dengan berduyun duyun datanglah silih berganti para YB YB BN melawat rakyat dipedalaman, Para pak menteri dari kerajaan pusat termasuk PM ‘datang sekali’ (bukan 2 kali) ke kampung dipedalaman, menjanjikan projek pembangunan bernilai beratus ribu atau berjuta juta. Maka sejarah berulang lagi! Selepas pilihan raya dan BN menang, saya pasti seperti pilihan raya yang lalu, maka janji itu tinggal janji. Apabila BN dah menang dan ditanya selepas ini, bagaimana dimana projek pilihan raya yang dijanjikan tempoh hari? Maka alasan; tanya kerajan pusat, tanya menteri itu, tanya YB ini, ada masalah geogafi, protokol, dll timbul… serta seribu alasan diberi. Kasihan penduduk pribumi Sarawak! Kena tipu lagi.

Bagi Orang Long Semadoh; Ingat, mana pergi Projek ‘Long Semadoh Rural Growth Centre (RGC)?(INFO DISINI: KLIK), Ingat, mana janji nak buat SMK Long Semadoh? Lihat jalan raya pit Long Luping – Long Semadoh – Bakelalan. Adakah dibina mengikut piawaian dan standard yang sah? Ini adalah projek kerajaan pusat dibawah Rancangan Malaysia ke-9 (tahun 2006-2010). Banyak lagi projek projek lain yang tidak saya dinyatakan disini belum terlaksana, tanya ketua kampung masing masing!

Maka itu rakyat Sarawak, BERUBAHLAH! Jangan mudah diperdaya lagi. Beri pula peluang pada Pakatan Rakyat membuat perubahan di Sarawak, Bagi tempoh 47 tahun atau 30 tahun sama seperti tempoh kerajaan BN memerintah Sarawak untuk Pakatan Rakyat membuat perubahan, Kita buat perbandingan selepas itu. BERUBAHLAH!. Undilah Pakatan Rakyat. Jangan biar yang kaya bertambah kaya sedangkan kita rakyat yang miskin tetap miskin.

Advertisements
Komen-komen
  1. […] This post was mentioned on Twitter by Balan Berauk, Balan Berauk. Balan Berauk said: TOLONG JANGAN TIPU ORANG ULU PEDALAMAN SARAWAK LAGI.: http://t.co/P04nZVx […]

  2. biey berkata:

    luk ne pangeh,na tau ngulang d beruh…nkinih tau keli ceh apeh luk metu.. ineh kuan tau ngundi…mula rkyat tau sarawak t ngebalih …kereb undi.. peburi mula bunga2,pengeh menang.. bunga pun sudah layu dan di abai kan…. nekinih nemulun mula politik..tau ,.. mesti hati. dan pertahankn tana tau bumi kenyalang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s