Memikirkan masa depan bangsa dan generasiku Lun Bawang, aku akan menulis ‘Pendapat Peribadi‘ yang telah lama kupendamkan selama ini.  Segan juga risau ada hati yang akan terguris akan tetapi inilah realiti kehidupan kami Orang Ulu pedalaman di Sarawak! 

SARAWAK

SARAWAK

Kita mahu keadilan, kita mahu menuntut “Hak Kesamarataan”, kita inginkan penghormatan dalam hidup kita. Tidak perlu rasanya kita tunduk dan berlutut serta merayu meminta apa yang sepatutnya memang telah menjadi hak kita. Kita mahu taraf hidup yang seimbang dalam pembangunan serta kehidupan yang lebih sempurna seperti yang telah dikecapi oleh rakyat Malaysia yang lain. Seharusnya hasil dari perut bumi Sarawak dinikmati sama rata oleh semua kita rakyat Malaysia.

Kembali ke kampung halaman dikawasan Long Semadoh yang jauh dipedalaman  negeri Sarawak. Ada 3 institutsi yang amat penting dan mempengaruhi rutin dan pola cara hidup harian kami Orang Ulu Lun Bawang; 1.Institutsi Gereja: Yang diketuai oleh Pastor dan ditadbir oleh para Majlis Gereja.  2.Institutsi Kampung: Yang ditadbir oleh Ketua kampung dan JKKKK, 3.Institutsi Keluarga: Yang diketuai oleh seorang Bapa dan Ibu.

1. Institut Gereja. Peranan institutsi ini sangat penting kehidupan orang Lun Bawang Long Semadoh yang 99% menganut ajaran agama Kristian. Sejak menganuti ajaran Kristian, semua anutan aninisme telah ditinggalkan. Adat warisan dan kebudayaan yang bertentangan dengan ajaran Kristian tidak diamalkan lagi. Dalam 6 hari berkerja, masa lebih banyak dihabiskan untuk mengabdikan diri ‘berkerja untuk Tuhan’. Mereka pergi bergotong royong untuk mencari dana untuk tabung pembangunan dan pengurusan gereja. Jadi jangan hairan, walaupun nun jauh dipedalaman diulu sungai, siaz bangunan Gereja dan rumah untuk Pastor sangat besar setaraf  gudang dan banglo di bandar! Jika kita melihat rekod dari mana sumber dana untuk pembangunan gedung Gereja dan banglo Pastor tersebut; anggaran adalah sekitar 90% usaha orang tua miskin tegar yang menetap dikampung dan sumbangan anak anak mereka yang keluar berkerja dibandar. Selebihnya dari badan NGO dan kerajaan negeri melalui derma ehsan YB. Keadaan ini sangat berbeza berbanding dengan cara pembinaan bangunan rumah ibadat yang ada dibandar yang semuanya dibina sepenuhnya oleh kontraktor dan ditanggung oleh kerajaan!

GEDUNG GEREJA DAN RUMAH PASTOR

GEDUNG GEREJA DAN RUMAH PASTOR

Ingin saya mencadangkan disini, agar pihak yang berkenanan menyalurkan bantuan dan peruntukan khas agar meringankan dalam pembinaan dan keperluan penyelengaraan rumah ibadat semua suku Orang Ulu di Sarawak. Kerana seperti sedia maklum, walaupun kita berbeda agama, tidak ada agama mengajar perkara jahat, lainlah kalau agama itu mengamalkan ajaran sesat! Agama juga memainkan peranan yang sangat penting untuk membangunkan sebuah bangsa yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat dan menyatupadukan kita semua, walaupun kita dari parti politik yang berbeza.

2. Institut Keluarga: Orang ulu Lun Bawang Long Semadoh, sejak generasi datuk nenek moyang kami hidup rukun berkeluarga dan tinggal di rumah panjang, hanya dizaman moden ini kebanyakkan kami mempunyai rumah yang berasingan kerana masalah, sering berlaku kebakaran dan ingin kehidupan yang lebih privasi . Rutin kehidupan keluarga Lun Bawang yang tinggal di ulu sangat mudah, Kami sangat bergantung hidup dari hasil tanah, hutan dan sungai untuk hidup dengan menanam padi, buah buahan dan sayuran. Selain itu untuk menambah pendapatan kami menbela ikan, memelihara ternakan seperti ayam, itik, babi dan kerbau untuk sumber daging serta untuk dijual.

ORANG LUN BAWANG

ORANG LUN BAWANG

Tanpa terlibat atau bergantung hidup dengan mana mana parti politik pun, kami tetap hidup hasil dari tanah, hutan dan sungai. Jika kita bertanya dengan para orang tua yang tinggal tetap dikampung, mereka akan menjawab; “Kami percaya pada Tuhan Yesus Kristus. Tanah, hutan dan Sungai ini tempat kami hidup yang telah kami warisi daripada datuk nenek moyang kami. Tubuh  jiwa dan raga kami akan hidup dan mati disini”. Dari jawapan ini, kita seharusnya faham, jika tanah, hutan dan sungai  mereka ini dirampas atau dipindah milik kepada orang lain, maka mereka akan berjuang habis habisan mempertahankannya. Jika tidak, apakah yang akan mereka wariskan kepada anak cucu mereka nanti? Meraka tiada wang yang banyak dibank atau harta benda yang lain, selain tanah adat (NCR) yang mereka miliki sekarang ini untuk diwarisi kepada anak anak.

TANAH, HUTAN DAN SUNGAI ORANG LUN BAWANG

TANAH, HUTAN DAN SUNGAI ORANG LUN BAWANG

Jadi disini, Jangan rampas hak milik tanah NCR orang peribumi Sarawak. Buat dan beri geran tanah adat pribumi NCR, agar mereka boleh membangunkan tanah hak milik mereka untuk kebaikan keluarga mereka sendiri. Saya rasa, orang pribumi Sarawak inginkan dan tidak menolak  ‘Projek pembangunan’ Jika hasil tanah, hutan dan sungai itu untuk kebaikan dan kesenangan keluarga mereka sendiri.

3. Institut Kampung: Dalam masyarakat Lun Bawang dahulu kala, Dalam kelompok tertentu yang mempunyai banyak keluarga yang berlainan, ketua suku/kampung dipilih berdasarkan beberapa kereteria. Soal asal usul, keturunan, keberanian, kekuatan dan kebijaksaan amat diperlukan untuk menjadi seorang ketua. Berlainan sekarang ini di Sarawak. Kebanyakan Ketua masyarakat dipilih, mengikut kehendak pihak kerajaan

OLD AIRPORT LONG SEMADOH

OLD AIRPORT LONG SEMADOH

Sebenarnya jauh dipedalaman Sarawak, walaupun mempunyai ideologi dan dari parti politik yang berbeza, kami penduduk kampung  dikawasan Long Semadoh sangat terbuka dengan ‘projek pembangunan’ yang dibuat oleh kerajaan. Buktinya, Banyak projek seperti yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan Penternakan telah berjaya, hasil usahasama dengan penduduk kampung. Pada suatu ketika dulu; Nama pegawai pertanian seperti Dr. Moris amat popular dalam mengalakkan penduduk giat aktif dalam menternak kerbau dan lembu di Sentral Long Semadoh.

Selain itu, banyak kampung dari sentral Long Semadoh pernah memenangi pertandingan dalam projek Pertandingan Kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri Sarawak, seperti kampung Long Tanid, Long Beluyu dan Long Telingan. Pada tahun 1998, kampung Long Semadoh Naseb (B) menjadi johan pertandingan kampung peringkat negeri Sarawak . Kejayaan ini melayakkan mereka mewakili negeri Sarawak ke pertandingan diperingkat kebangsaan pula.

GEREJA SIB LONG SEMADOH NASEB(B)

GEREJA SIB LONG SEMADOH NASEB(B)

Kampung Long Semadoh Naseb(B) mencatat sejarah apabila muncul sebagai johan pertandingan kampung terbaik peringkat kebangsaan. Sesungguhnya kejayaan kampung di Long Semadoh ini terus dijadikan contoh dan perangsang kepada penduduk kampung-kampung lain di Sarawak. Kejayaan ini adalah hasil pengorbanan semua orang kampung bersatupadu tanpa berbelahbagi menyokong menjayakan projek pembangunan, walaupun mereka mempunyai ideologi dan dari parti politik yang berbeza.

Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan negeri Sarawak dan pihak yang berkenaan, mari tolong lihat dan buat kajian apa projek pembangunan yang boleh dibangunkan, untuk memaju kawasan Long Semadoh agar taraf hidup penduduk disini meningkat. Kami penduduk di Long Semadoh ingin sosioal ekonomi dan kemudahan awam yang setaraf, seperti yang dinikmati penduduk di negeri negeri lain di Malaysia. HAK KESAMARATAAN kami sebagai warganegara dan bumipetera jangan dipertikaikan.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya  sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi : Perkara 5: Kebebasan Diri. Perkara 6: Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa). Perkara 7: Perlindungan daripada undang-undang Jenayah. Perkara 8: Hak Kesamarataan. Perkara 9: Hak Kebebasan Bergerak. Perkara 10: Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Perkara 11: Kebebasan Beragama. Perkara 12: Hak Mendapat Pendidikan. Perkara 13: Hak Terhadap Harta. Ingat semua ini. Kami Orang Ulu, penduduk pribumi Sarawak ingin Hak hak ini dikembalikan kepada kami.

Sejak kebelakangan 10 tahun ini, keadaan di Long Semadoh amat menyedihkan. Klinik Desa tidak lengkap dan sering kekurangan ubat, Ibu ibu yang mengandung yang ingin mendapatkan rawatan bersalin terpaksa berulang alik ke bandar Lawas yang sejauh 100km dan mesti mengeluarkan belanja kos pengankutan, makan minum yang mahal. Ini amat membebankan kerana majoriti penduduk dibawah taraf miskin tegar! Oleh itu, Mohon kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan ambil berat dengan masalah penduduk di Sentral Long Semadoh. Binalah klinik 1Malaysia untuk penduduk 10 buah kampung (Kampung Puneng Trusan, Long Telingan, Long Semadoh Rayeh(A), Long semadoh Naseb(B), Old Air port, Long Tanid, Long Beluyu, Long Kerabangan, Long Reraku dan Long Luping)  yang ada di Long Semadoh!

KLINIK DESA LONG SEMADOH (Note: Lihat jalan kesana)

KLINIK DESA LONG SEMADOH (Note: Lihat jalan kesana)

Keperluan perhubungan telekomukasi amat diperlukan. Mohon syarikat telekomukasi seperti Celcom, Maxis, Digi dll… menyalurkan bantuan dibawah tanggung jawab sosial perusahaan atau Corporate Social Responsibility(CSR) untuk membantu penduduk disini agar dapat berhubung dengan dunia luar kerana kemudahan telefon yang ada di klinik desa amat terhad dan bergantung pada keadaan cuaca (tenaga solar) agar dapat digunakan.

Sawah Padi

Sawah Padi

Majoriti penduduk di Long Semadoh adalah petani dan peladang. Tetapi kami sangat kecewa kerana bangunan Pejabat Pertanian disini hanya dikunjungi oleh seorang pegawai pertanian yang turut memantau daerah Long Sukang dan Bakelalan. Keadaan ini menyusahkan penduduk 10 buah kampung (Puneng Trusan, Long Telingan, Long Semadoh Rayeh(A), Long semadoh Naseb(B), Old Air port, Long Tanid, Long Beluyu, Long Kerabangan, Long Rereku dan Long Luping) yang ada di daerah Long Semadoh.  Mana slogan ‘Pertanian adalah perniagaan’ yang dilaung laungkan oleh kerajaan? Kawasan Long Semadoh ini juga pernah diwartakan oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai Rural Growth Centre (RGC). Sampai kehari ini, tiada perkembangan yang positif kelihatan walaupun sudah lebih 10tahun dilancarkan?

KERBAU OH KERBAU

KERBAU OH KERBAU

Penternakan kerbau, lembu, babi, ayam dan itik adalah sumber ekonomi di Long Semadoh selain padi. Saya menjemput pagawai dari kementerian yang berkenaan datang melawat bangunan pejabat Haiwan dan Penternakan di sini. Lihat dengan mata kepala sendiri, apa yang terjadi disini. Bangunan pejabat sudah dipenuhi semak samun, gate berkunci, papan tanda sudah tumbang dan bangunan ini semakin usang kerana tiada pegawai yang bertugas disini!. Kasihan Orang Long Semadoh… terpinggir dari projek pembangunan.

Saya memohon, dengan penuh harapan, agar kerajaan menempatkan pegawai yang berkomitmen dalam bidang pertanian, ternakan dan perikanan serta mencari peluang menjalankan projek tani bersama dengan penduduk setempat. Jangan hanya menunggu pilihan raya datang, baru terhegeh hegeh datang membawa janji projek pembangunan!. Kami penduduk dari Long Semadoh tidak mahu ditipu lagi

Advertisements
Komen-komen
  1. […] This post was mentioned on Twitter by Balan Berauk, Balan Berauk. Balan Berauk said: JERITAN BATIN DAN SUARA HATI ANAK LONG SEMADOH. http://wp.me/pjbHu-hE […]

  2. HOTBEN berkata:

    BERSATU DENGAN SESAMA ANAK TUHAN DI PERKOTAAN ATAU DI NEGARA LAIN UNTUK MEMIKIRKAN INI ! tUHAN MEMBERKATI !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s