Sepanjang bulan ini dan bulan April depan, tumpuan seluruh 28 juta (INFO: DISINI) penduduk Malaysia terarah ke bumi Kenyalang Sarawak yang diduduki seramai lebih 2.5 juta orang dengan keluasan 124,449 km persegi merangkumi 37.7% dari muka bumi Malaysia.

Pilihan raya ke 10 akan berlangsung dimana 71 kerusi dewan undangan negeri akan menjadi rebutan.

Barisan Nasional diwakili parti; Parti persaka Bumi Bersatu (PBB), Sarawak United People’s (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

VOTE PKR REJECT BN

VOTE PKR REJECT BN

Manakala pembangkang pula diwakili;  SNAPP, PKR, DAP dan PAS serta beberapa parti politik yang lain seperti PCM  akan turut mewarnai gelangang pilihanraya kali ini.

Jika melihat keputusan pilihan raya pada tahun 2006, (INFO: DISINI) nampaknya, gelombang tsunami akan terjadi dalam pilihanraya kali ke-10 ini. Ini adalah kerana isu isu semasa akan mempengaruhi jumlah undi.

Penduduk Sarawak sudah bijak. Nampaknya banyak penduduk akan mengundi parti pembangkang kerana beberapa isu yang sukar diselesaikan oleh pihak parti kerajaan BN walaupun telah memerintah Sarawak lebih 47 tahun (INFO: DISINI).

Selain itu perkhidmatan ketua menteri Taib Mahmud selama 30 tahun diselubungi pendedahan Sarawak Report (INFO: DISINI) dan  Radio Free Sarawak (INFO: DISINI) akan membuat rakyat Sarawak membuka mata mengenai kekayaan luar biasa keluarga beliau serta kroni kroninya yang akan membuat rakyat Sarawak berpaling tadah untuk mengundi parti pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Kebanyakan rakyat Sarawak merasa heran, walaupun banyak laporan polis sudah dibuat oleh badan tertentu mendesak (INFO DISINI) dan (DISINI) agar badan pencegah rasuah bertindak, namun sampai kesaat ini tiada tindakkan dibuat!

Selain itu, Isu isu yang sensitif dan sangat berkait rapat dengan amalan dan cara hidup harian orang Sarawak akan membuat penduduk Sarawak memilih Pembangkang kali ini.

Isu ALKITAB dan “ALLAH” yang tiada berkesudahan dan masih hangat diperdebatkan diperingkat pentadbiran Putrajaya amat menguris perasaan penduduk Sarawak yang mempunyai majoriti penduduk beragama Kristian.

“Saya percaya dan penuh yakin, akibat menerima tekanan yang berterusan dari kerajaan BN pusat, rakyat Sarawak akan meluahkan kekecewaan dan perasaan tidak puas hati mereka di kertas undi “.

Selain itu, hasil kajian yang dibuat oleh Dr.  Jeniri Amir, seorang pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak iaitu; pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi mengapakah sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan penduduk Sarawak masih dibelenggu kemiskinan yang parah? (INFO DISINI) akan mempengaruhi Orang Sarawak dan mereka pasti akan mengundi Pembangkang.

Jika kita bertanya dengan 200,000 orang Sarawak yang datang berkerja dan melanjutkan pengajian di Semenanjung, bagaimanakah mutu dan keadaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas di ‘luar Bandar’ di Sarawak berbanding dengan ‘luar bandar’ negeri diseluruh Semenanjung, jawapan yang kita terima adalah, perbezaan ‘Bagai Langit dengan bumi’. Ini membuat rakyat Sarawak tidak berpuas hati dan tidak akan mengundi pemerintahan BN di Sarawak lagi. (INFO: DISINI)

Advertisements
Komen-komen
  1. hantu...... berkata:

    sapa ngundi BN nya dadak…..palui….30 tahun kena tipu agi ga enda nemu diri kena tipu….palui…dadak penduduk sarawak enti agi ngundi BN….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s