BERITA GEMBIRA BUAT PENDUDUK BAKELALAN PADA 15HB DECEMBER 2010

Projek jalan Long Luping-Ba’ Kelalan hadiah Hari Krismas penduduk

Posted on December 15, 2010, Wednesday

BA’ KELALAN: Sambutan Hari Krismas bagi penduduk tanah tinggi Ba’ Kelalan tahun ini lebih bermakna      apabila projek menaik taraf jalan sejauh 75 kilometer yang menghubungkan Long Luping – Ba’ Kelalan dijangka siap sebelum perayaan.

TINJAU: Shahlan dan rombongan meninjau jambatan yang sedang dalam pembinaan.

Sejak berpuluh tahun (sebelum merdeka), penduduk di situ terpaksa melalui pancaroba untuk sampai ke Ba’ Kelalan kerana jalan balak selalu rosak, namun tahun ini adalah saat yang paling bersejarah kerana  inilah kali pertama mereka pulang ke kampung menggunakan jalan berturap.

Bahkan, penduduk kampung boleh menggunakan kereta jenis Kancil dari Lawas untuk balik ke Ba’ Kelalan.

Projek menaik taraf jalan itu melibatkan kos sebanyak RM60 juta, iaitu lebih rendah kerana ia dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di bawah Projek Program Jiwa Murni.

Program di Ba’ Kelalan itu dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pembinaan empat Jambatan Bailey bagi menggantikan jambatan balak bagi fasa I manakala fasa kedua melibatkan kerja meningkat taraf jalan yang bermula sebaik sahaja pembinaan jambatan selesai.

Sebanyak 40 anggota RAJD terlibat dalam program Jiwa Murni itu dan bagi melaksanakan misi itu, anggota terlibat berkampung di Ba’ Kelalan dengan rutin setiap hari menuju ke tapak projek untuk membina jambatan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, projek berkenaan dijadualkan siap pada Januari tahun depan, namun pihaknya optimis ia dapat disiapkan lebih awal.

“Berdasarkan tinjauan, saya berpuas hati dengan kelancaran projek menaiktaraf jalan ke Ba Kelalan. Saya yakin projek ini siap dalam tempoh beberapa hari dan dapat digunakan sebelum sambutan Hari Krismas,” katanya.

Shahlan berkata demikian kepada Utusan Borneo selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek di Ba’ Kelalan Ahad lalu.

Turut serta Komander Briged Infantri Kesembilan Brigadier Jeneral Stephen Mundaw, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Shukri Mohd Salleh, Pegawai Khas kepada Kementerian Pendidikan iaitu Datuk Ahmad Zali Ansore Mohd Yusoff dan Samsuri Jamil dan Timbalan Setiausaha Persekutuan ke Sarawak, Mohd Zahari Razali.

Rombongan terbang dari Miri ke projek kem Lapukan yang terletak di antara Long Luping dan Ba Kelalan.

Shahlan kemudian menyerahkan lebih RM3,000 sumbangan Tabung Rahah Perdana Menteri sebagai penghargaan terhadap usaha dan pengorbanan askar yang bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan projek itu.

Sepanjang lawatan tiga hari, Shahlan serta rombongan turut melawat pembinaan jambatan yang masih dalam pembinaan sebelum meneruskan lawatan ke Telaga Air Panas, Lusong Laku, Long Singu dan pasar Belaga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belaga, penempatan semula Sungai Asap dan Empangan Hidro Bakun.

GAMBAR TERKINI DI BAKELALAN PADA : 11HB APRIL 2011. Foto by Edwin meru.

Advertisements
Komen-komen
  1. C.H.Spirit berkata:

    Let us surrender ourselves and our state of Sarawak to Almighty God. Pray and seek God’s help. Let us pray . O
    Heavenly Father (God) in the name of Jesus Christ protected our candidates whether Opposition (PR) or BN from all harm and from accidents .If any of the candidates has been subjected to any curses or spells, I pray in the precious name of Jesus that the spell or curses will be null and void. Let us pray also for the soul of Mr.Sahhimi Ghazali Malaysian pilot killed in helicopter crash 11/4/11 in Sibu rest in peace.Pray for thei family as well. Let us pray also for N 70 Ba Kelalan, candidate Baru Bian (PKR ) to win big majority vote for PR. And may God give him more wisdom and knowledge . May God bless the people of Ba’ Kelalan and Sarawakian as a whole. This we ask in Jesus name, Amen.

  2. teruskan perjuangan anda dalam parti.saya di sini tidak berat seblah mana2 parti memang saya suka BN atau pun PKR sama sahaja kepimpinanya untuk sama2 membangunkan negara malaysia bersatu…sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s