Salam 1Malaysia.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Addul Razak,

Saya berasal dari kampung Long Tanid, Long Semadoh, Lawas, Sarawak. Ingin saya luahkan ‘pandangan peribadi’ sebagai anak Lun Bawang dari suku Orang Ulu serta anak jati Sarawak.

Dato’ sri,

Dalam kehidupan ini kita mahu kesimbangan, keadilan, menuntut “hak kesamarataan” dan inginkan penghormatan dalam hidup kita. Rasanya tidak perlu kita tunduk berlutut merayu meminta apa yang sepatutnya memang telah menjadi hak kita sebagai warganegara dan penduduk ‘bumiputera’ Malaysia. Kita mahu taraf hidup yang seimbang dalam pembangunan serta kehidupan yang lebih sempurna seperti yang telah dikecapi oleh rakyat Malaysia yang lain. Suara saya disini, kerana kami dipedalaman amat ketinggalan dalam sosioal ekonomi dan kemudahan awam yang amat terbatas!

Dato’ Sri,

Kembali kekawasan Long Semadoh yang mempunyai 10 buah kampung (Kampung Puneng Trusan, Long Telingan, Long Semadoh Rayeh(A), Long semadoh Naseb(B), Old Air port, Long Tanid, Long Beluyu, Long Kerabangan, Long Rereku dan Long Luping). Ada 3 institutsi yang amat penting dan mempengaruhi rutin dan pola cara hidup harian kami Orang Ulu Lun Bawang; 1.Institutsi Gereja: yang diketuai oleh Pastor dan ditadbir oleh para Majlis Gereja. 2.Institutsi Kampung: Yang ditadbir oleh Ketua kampung dan JKKKK, 3.Institutsi Kekeluargaan. 

Dato’ Sri,

Sejak orang Lun Bawang menganuti ajaran Kristian, semua anutan ananisme telah ditinggalkan. Adat seperti ‘Head Hunter’, warisan dan kebudayaan yang bertentangan dengan ajaran agama tidak diamalkan lagi. Ingin saya mencadangkan disini, agar pihak Kerajaan pusat menyalurkan bantuan dan peruntukan khas agar meringankan dalam pembinaan dan keperluan penyelengaraan rumah ibadat (Gedung Gereja) disemua kampung dikawasan Long semadoh. Kerana seperti sedia maklum, walaupun kita berbeda agama, tidak ada agama mengajar perkara jahat, Agama memainkan peranan yang sangat penting untuk membangunkan sebuah bangsa yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat dan menyatupadukan kita semua, agar dapat hidup harmoni walaupun kita dari parti politik yang berbeza.

Dato’ Sri,

Rutin kehidupan keluarga Lun Bawang yang tinggal di ulu sangat mudah, Kami sangat bergantung dari hasil ‘tanah’, ‘hutan’ dan ‘sungai’. Untuk hidup kami menanam padi, buah buahan dan sayuran. Selain itu untuk menambah pendapatan kami membela ikan, memelihara ternakan seperti ayam, itik, khinzir dan kerbau untuk sumber daging serta untuk dijual.Tanpa terlibat atau bergantung hidup dengan mana mana parti politik pun, kami tetap hidup hasil dari tanah, hutan dan sungai. Oleh itu, Saya menyeru kerajaan pusat campur tangan mempercepatkan proses penyukatan tanah adat pribumi(NCR) agar penduduk disini mendapat geran tanah yang sah, serta boleh memajukan tanah adat secara komersial, seperti menanam kelapa sawit, getah atau menjadikanya ladang ternakan kerbau lembu dll…

Dato’ Sri,

Sebenarnya walaupun jauh dipedalaman Sarawak, kami penduduk 10 buah kampung dikawasan Long Semadoh sangat terbuka dengan ‘projek pembangunan’ yang dibuat oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat. Buktinya, banyak projek yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan Penternakan telah berjaya hasil usahasama dengan penduduk kampung di kawasan ini. Selain itu, banyak kampung dari Long Semadoh pernah memenangi pertandingan dalam projek Pertandingan Kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri Sarawak seperti kampung Long Tanid, Long Beluyu dan Long Telingan. Pada tahun 1998, kampung Long Semadoh Naseb (B) menjadi johan pertandingan kampung peringkat negeri Sarawak. Kejayaan ini melayakkan mereka mewakili negeri Sarawak ke pertandingan diperingkat kebangsaan pula. Kampung Long Semadoh Naseb(B) mencatat sejarah apabila muncul sebagai johan pertandingan kampung terbaik peringkat kebangsaan. Kejayaan ini adalah hasil pengorbanan semua orang kampung bersatupadu tanpa berbelahbagi menyokong menjayakan projek pembangunan, walaupun mereka mempunyai ideologi dan dari parti politik yang berbeza.

Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan pusat, mari tolong lihat dan buat kajian apa projek pembangunan yang boleh dibangunkan untuk memaju kawasan Long Semadoh agar taraf hidup penduduk disini meningkat. Kami penduduk di Long Semadoh ingin sosioal ekonomi dan kemudahan awam yang setaraf, seperti yang dinikmati penduduk di negeri negeri lain di Malaysia. Hak kesamarataan kami sebagai warganegara dan bumipetera jangan dipertikaikan.

Dato’ Sri,

Sejak kebelakangan 10 tahun ini, keadaan di Long Semadoh amat menyedihkan. Klinik Desa tidak lengkap dan sering kekurangan ubat, Ibu ibu yang mengandung yang ingin mendapatkan rawatan bersalin terpaksa berulang alik ke bandar Lawas yang sejauh 100km dan mesti mengeluarkan belanja kos pengangkutan, makan minum yang mahal. Ini amat membebankan kerana majoriti penduduk dibawah taraf miskin tegar! Oleh itu, saya memohon kerajaan pusat, dibawah Kementerian Kesihatan sila ambil berat dengan masalah penduduk di Sentral Long Semadoh. Binalah klinik 1Malaysia atau naikkan taraf klinik Desa yang ada sekarang untuk keselesaan penduduk 10 buah kampung yang ada di Long Semadoh.

Dato’ Sri,

Keperluan perhubungan telekomukasi amat diperlukan, lebih lebih lagi di masa kecemasan. Mohon pihak Kerajaan ambil tindakan untuk kemudahan penduduk 10 buah kampung disini. Syarikat syarikat gergasi telekomukasi seperti Celcom, Maxis, Digi dll… diseru menyalurkan bantuan dibawah tanggung jawab sosial perusahaan atau Corporate Social Responsibility(CSR) untuk membantu penduduk disini agar dapat berhubung dengan dunia luar kerana kemudahan telefon yang ada di Klinik Desa Long Semadoh amat terhad dan bergantung pada keadaan cuaca (tenaga solar) agar dapat digunakan.

Dato’ Sri,

Majoriti penduduk di Long Semadoh adalah petani dan peladang. Tetapi kami sangat kecewa kerana bangunan Pejabat Pertanian disini hanya dikunjungi oleh seorang pegawai pertanian yang turut memantau daerah Long Sukang dan Bakelalan. Keadaan ini amat menyusahkan penduduk 10 buah kampung di daerah Long Semadoh. Mana slogan ‘Pertanian adalah Perniagaan’ yang dilaung laungkan oleh kerajaan? Untuk pengatahuan Datuk Seri, Kawasan Long Semadoh ini juga pernah diwartakan oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai Rural Growth Centre (RGC), akan tetapi sampai kehari ini tiada perkembangan positif yang kelihatan walaupun sudah lebih 10 tahun projek ini dilancarkan?

Dato’ Sri,

Penternakan kerbau, lembu, khinzir, ayam dan itik adalah sumber ekonomi di Long Semadoh selain menanam padi. Saya memohon para pegawai dari kementerian yang berkenaan, datang melihat bangunan Pejabat Haiwan dan Penternakan yang ada disini. Bangunan pejabat sudah dipenuhi semak samun, gate berkunci, papan tanda sudah tumbang dan bangunan ini semakin usang kerana tiada pegawai yang bertugas disini! kasihan orang Long Semadoh… terpinggir dari projek pembangunan dan terlepas perhatian/pandangan kerajaan! Kasihanilah penduduk kampung yang ada di kawasan Long Semadoh…Saya memohon dengan penuh harapan, agar kerajaan menempatkan pegawai yang berkomitmen dalam bidang pertanian, ternakan dan perikanan serta mencari peluang menjalankan projek tani bersama dengan penduduk setempat.

Dato’ Sri,

Pendidikan amat penting menjadi jambatan bagi sebuah bangsa menuju kearah kemajuan dan perubahan dalam kehidupan. Apa yang menyedihkan, banyak anak anak dari Long Semadoh yang meneruskan persekolahan diperingkat menengah dibandar Lawas tercicir dalam pelajaran akibat jauh dari perhatian orang tua, walhal semasa menuntut di SK Long Semadoh mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, kami memohon agar kerajaan pusat membina sebuah sekolah menengah dikawasan Long Semadoh. Untuk pengatahuan Dato’ Sri, difahamkan pada tahun 1986, Kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan permohonan tersebut dan dari info yang diberi oleh Ketua Kampung Tagko Gugkang(ketua Kampung Long Semadoh Naseb) tanah tapak untuk sekolah menengah tersebut telah dikenalpasti serta disukat namun sehingga kehari ini, tiada perkembangan.

Perhatian dan tindakan dari Dato’ Sri amat kami hargai selaras dengan slogan 1Malaysia. 

“RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Advertisements
Komen-komen
  1. Balang Padan. berkata:

    Ui luk nenari kawasan beruh(Proposed SRK & SMK) luk idei Ruan Semadoh, nelemaba ui nuli ine’ Ba Kelalan lak 2008 masih pulung kera tieh.

    • Balan Berauk berkata:

      Kanid Balang,

      Dat niat nier bawang tau Long semadoh luk le le nekelupan perita. Na yeh kudeng mon (Era 60an-80an). Asal tau nalan dai kawasan ‘Old Airport’, mula’ ruma’ perita luk kosong! kudeng ruma’ URA, Pejabat Haiwan(Ruma’ Teddy Asut), Dewan, kedai kedai persendirian mula’ luk mitek idi Padang bull luk pelaba ramai kareb Malaysia Day mon dih na ruen ngasa. Ui pana inan ngalap info rat nedawa’ Guru SK Long Semadoh, Mula’ dawa’ Guru luk ngajar dai SK Long Semadoh nekinih… Asal peh aco 5, Na mepinet deh neh temurun ame’ bandar Lawas. Lagi kebanyakkan guru luk ngajar dai ‘Lun Luar’. Jadi… kurang komitmen deh ngajar anak dulun dih lek? kudeng buri dawa’ iban dih pem… “semedi nadai”.

  2. watever berkata:

    kata 1 msia tapi guna ayat yg or msia tak semua faham……minta komen tapi diri sendiri komen dengan bhs org lain tak biasa….mcm mana nak mharapkn org komen kalau diri sendiri mggunakan bhs org lain tak dpt nak baca komen……jgn lah hanya berpandukan pada slogan kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” sahaja utk meminta bantuan kerajaan tetapi biar melibatkn asas yg menyeluruh….

  3. Jonathan Gisong berkata:

    Hei!!! Bangun lah pemimpin2 Lun Bawang…Do something!!! Actually banyak kita boleh buat kalau ikut prosedur yang betul….jangan membebel ja…Think about it Wahai Pemimpin2 Lun Bawang???

  4. Bang Apan berkata:

    What do u mean pemimpin2 lun bawang?4 me, takda pemimpin2 lun bawang.setau saya apabila mereka dah jadi pemimpin,mereka akan meminpin bisnes mereka dulu.mcm slogan 1malaysia.bisnes di dahulu kan rakyat yng mengundi di belakangkan.cukup 2 penggal dah ada pangkat Dato,Datuk.mereka peduli apa?wahai penduduk/pengundi2 pandai2 lah memilih ya.jgn main hentam saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s