Dataran Merdeka. 16 Sept 2011

Dataran Merdeka. 16 Sept 2011

16 Sept 2011. Dataran Merdeka KL

16 Sept 2011. Dataran Merdeka KL

Nalem; 16hb Sept. 2011 ui idi uang tatek ruma’ kuh nalan nalan ine Kuala Lumpur. Terawe kuh pian nguit anak anak kuh ame’ nier ramai ‘perarakan’ luk ruen deh dai Dataran Merdeka. Iamo’ kai mio nacing dai. Kekiped neh… kai nier lun ngapuh ngapuh arep idi sebuang luk masih ngenet bus pian muli.

Ngerawe lemubed, semetu neh kuan amung amung lun luk rat Sarawak idi Sabah, inan tuda’ tuda’ ‘Sejarah’ luk inau ngapung kuan tau. Keli muh?

“Pada 16 SEPTEMBER 1963 permuafakatan bersama untuk membentukkan Persekutuan MALAYSIA antara EMPAT buah negara yang MERDEKA (Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah) telah termeterai. Malaya yang terdiri daripada 11 buah negeri telah mencapai kemerdekaan pada 31 OGOS 1957, Singapura pula telah merdeka pada 3 JUN 1959. Manakala Sarawak memperolehi kemerdekaan pada 22 JULAI 1963, dan Sabah pada 31 OGOS 1963. Justeru, kenyataan sejarah yang sebenar ialah MALAYA, SARAWAK, SABAH DAN SINGAPURA TELAH MENUBUHKAN MALAYSIA”.

Dollar Sarawak semasa menjadi NEGARA. Sekarang Negeri…

One Dollar The Government Of Sarawak
One Dollar The Government Of Sarawak
One Dollar The Government Of Sarawak
One Dollar The Government Of Sarawak
Five Dollar The Government Of Sarawak
Five Dollar The Government Of Sarawak
Ten Dollar The Government Of Sarawak
Ten Dollar The Government Of Sarawak
SABAH HAILS INDEPENDENCE ON AUGUST 31, 1963.
SABAH HAILS INDEPENDENCE ON AUGUST 31, 1963.

Sumber Info;  DISINI

Bagaimana Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia?

Untuk memahami bagaimana Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963, adalah penting untuk mengetahui sejarahnya. Sarawak diperintah oleh dinasti Rajah Sir James Brooke selama lebih 100 tahun manakala Sabah diperintah oleh Sultan Sulu dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sebelum kedua-dua negeri tersebut menjadi koloni Empayar British selepas Perang Dunia Kedua.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penduduk Sabah dan Sarawak mula berbincang tentang kemerdekaan Negeri-negeri mereka. Persoalan tentang Sabah dan Sarawak membentuk persekutuan dengan negara lain menjurus kepada penubuhan Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Cobbold untuk mendapat tahu kehendak penduduk Sabah dan Sarawak.

Setelah bercakap dengan pelbagai pihak, Suruhanjaya tersebut melaporkan bahawa majoriti penduduk Sabah dan Sarawak akan bersetuju untuk membentuk persekutuan dengan Tanah Melayu jika terdapat perlindungan istimewa untuk memelihara kepentingan mereka. Sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk yang terdiri daripada Kerajaan Tanah Melayu, Kerajaan British, Sabah dan Sarawak untuk merangka perlindungan istimewa untuk Sabah dan Sarawak.

Pada Julai 1963, “Perjanjian Malaysia” ditandatangani di London di antara Kerajaan-kerajaan British dan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan pihak-pihak lain (termasuk Singapore) untuk membentuk Malaysia, dan perjanjian tersebut termasuk kepentingan dan perlindungan istimewa untuk Sabah dan Sarawak yang disyorkan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Parlimen Tanah Melayu kemudian membuat perubahan kepada Perlembagaan tahun 1957 untuk menjadikannya Perlembagaan Persekutuan untuk Malaysia, dan perlindungan istimewa untuk Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Perlembagaan.

Pada 16 September 1963, lahirlah Malaysia.

‎”Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya.”

Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini.”

Sumber Info: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12280

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s