Pejabat Veterinar Long Semadoh Lawas Sarawak

Pejabat Veterinar Long Semadoh Lawas Sarawak

Papan tanda dah tumbang

Papan tanda dah tumbang

Papan tanda tumbang dan kawasan dipenuhi semak samun

Papan tanda tumbang dan kawasan dipenuhi semak samun

Gate Berkunci

Gate Berkunci

Jalan ditumbuhi semak samun

Jalan ditumbuhi semak samun

Pertanian dan Penternakan adalah sumber pendapatan utama penduduk Long Semadoh

Pertanian dan Penternakan adalah sumber pendapatan utama penduduk Long Semadoh

Pertanian Adalah Perniagaan
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan.
 

Sesuai dengan seruan Kerajaan, Kami di kawasan Long Semadoh amat terkilan dengan keadaan yang terjadi disini. Gambar gambar ini dapat mengambarkan keadaan sebenar apa yang terjadi disini. Pejabat ini dibiarkan kosong sejak beberapa tahun yang dulu. 

Kawasan Long Semadoh mempunyai 10 buah kampung (Kampung Puneng Trusan, Long Telingan, Long semadoh Rayeh, Long Semadoh Naseb, Long Tanid, Long Beluyu, Long Kerabangan, Long Reraku, Long Luping dan Pa’ Berunut) yang sumber pendapatan utama penduduk disini adalah pertanian dan penternakan.

Sesuai dengan Piagam Pelangan, Visi, Misi dan Objektif Jabatan Veterinar ditubuhkan seperti dibawah; Ingin kami penduduk di Long Semadoh agar perhatian dan tindakan yang sewajarnya diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dicadangkan Jabatan ini diaktifkan semula, kerana Penduduk Kawasan yang berhampiran seperti Kawasan Long Sukang dan Kawasan Bakelalan yang mempunyai lagi ramai kampung amat memerlukan fungsi jabatan di aktifkan semula agar hasil penternakan dikawasan tersebut dapat dipertingkatkan.

Piagam Pelanggan Jabatan Veterinar

Kami berazam untuk menghayati moto jabatan “Tugas kami berbakti kepada anda”, dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami, dengan

  • Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggungjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
  • Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sediaada dan 7 hari bagi maklumat yang baru
  • Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terima aduan tersebut
  • Memastikan pelaksanaan piagam pelanggan disemua peringkat Jabatan

Visi, Misi DAN OBJEKTIF

Visi
  • Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia
Misi
  • Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia
Objektif
  • Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
  • Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
  • Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai
  • Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan
  • Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s