SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA. HARAPAN JUBLI 50 TAHUN

Posted: 27 Ogos 2012 in Politik
Tag:, , , , , , ,

PENGENALAN

Perayaan Jubli bagi Malaysia bermula pada 16 September 2012 dan umat Kristian ternanti-nanti akan tahun  yang hebat ini apabila Tuhan campur tangan dan mendatangkan berkat yang berlipat kali ganda kepada negara. Berdasarkan catatan sejarah dan kajian kitab Imamat 25, di bawah perjanjian Allah dengan umat-Nya Jubli ialah tahun ke-50 apabila hutang dihapuskan, hamba dibebaskan, dan tanah dikembalikan kepada pemilik asal. Oleh itu, tahun Jubli adalah suatu sistem dalam masyarakat Israel yang membawa transformasi, pembaharuan dan berkat-berkat yang memberikan harapan dan rehat kepada bangsa. Setelah menghadapi isu-isu yang menjadi perdebatan berkaitan dengan iman Kristian dalam 12 bulan yang lalu, kita menanti sentuhan menyegarkan daripada Allah untuk menolong kita mengatasi kerisauan manusia. Kesaksamaan dan kebebasan beragama adalah faktor yang kurang sehingga ramai rakyat ingin memeriksa perlembagaan untuk mencari keadilan serta menentang ketidakadilan dan sistem yang menindas. Namun, di tengah-tengah kekecewaan ketika menghadapi serangan yang tidak henti-henti terhadap iman kita, Allah itu baik kerana Dia mencurahkan harapan dan janji Jubli atas umat Kristian. Kita memandang kepada Allah kerana kita mengetahui bahawa Dia berdaulat dan akan campur tangan apabila kita berserah dan taat kepada panggilan-Nya untuk kita di negara ini. Allah tidak pernah gagal! Marilah kita bangkit dan berdoa untuk transformasi bagi negara ini, membangun gereja kita supaya kuat dan terlibat serta memberkati masyarakat agar kehadiran kita membawa makna. Marilah bersama-sama bersatu hati, berkongsi sumber, saling mendoakan (Kolose 1:9-12), berhenti merungut dan mula membajak ladang (Malaysia) untuk Tuhan. Apabila kita mematuhi dan menyahut cabaran Allah, Dia akan berkenan kepada kita dan sesungguhnya mencurahkan berkat Jubli-Nya ke atas negara kita, bukan hanya pada 2012 tetapi pada tahun-tahun seterusnya.

Saudara-saudari Seiman, Allah memanggil kita dari Timur dan Barat untuk membuka hati, mendengar panggilan-Nya, menerima berkat-berkat-Nya dan mengizinkan Dia menjadi Tuhan kita. Kita seharusnya mengetepikan perbezaan, berhenti mencari kesalahan dan meninjau cara-cara untuk menghormati Tuhan dengan mengasihi satu sama lain sebagaimana Dia telah berulang kali mengingatkan kita di dalam 1 Yohanes 3:11; 4:7,8,16. Adakah perkara yang terlalu sukar bagi Allah? Allah kita maha kuasa, Dia sanggup dan mahu memberkati kita apabila kita berdoa dan berserah kepada-Nya. Marilah bersukacita dan menyambut perayaan ini!

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada 16 September 1963, empat bekas koloni British – Malaya, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak – bergabung untuk menjadi Persekutuan Malaysia. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengambil keputusan untuk keluar daripada koloni-koloninya (kecuali Hong Kong), sebahagiannya disebabkan oleh tekanan daripada warga tempatan. Perbincangan untuk mengadakan gabungan politik antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Brunei amat hangat pada tahun 1950-an dan 1960-an, tetapi hanya satu cadangan yang bertahan menghadapi cabaran ketika membincangkan terma-terma yang dipersetujui oleh semua.

MENDAPAT KEMERDEKAAN

Persekutuan Tanah Melayu ialah koloni pertama antara empat koloni yang mencapai kemerdekaan. Persekutuan ini ditubuhkan pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union yang ditentang oleh ramai orang, yang ditubuh oleh British sekembalinya dari Perang Dunia 2. Tunku Abdul Rahman menang dalam pilihan raya pertama pada 1955 dan menjadi Perdana Menteri yang pertama. Dia mengetuai satu perwakilan ke England untuk suatu perundingan selama tiga bulan untuk mendapatkan kemerdekaan. British Pembentukan Malaysia bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Singapura mencapai kemerdekaan daripada British pada 3 Jun 1959. Apabila Ketua Menterinya yang pertama, David Marshal, gagal merundingkan perlembagaan bagi negera yang memerintah sendiri dengan pihak British, pengganti Marshal, Lim Yew Hock, berjaya dalam misi yang seterusnya. Sir William Goode dilantik menjadi Yang di-Pertuan Negara dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri yang pertama bagi Singapura.

GABUNGAN POLITIK DAN EKONOMI

Beberapa orang pemimpin British dan Singapura mencadangkan gabungan politik dan ekonomi Singapura-Malaya pada tahun 1950-an tetapi pemerintah Malaya tidak berminat dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, dalam suatu bertemuan makan tengah hari di Singapura pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mencadangkan kerjasama yang lebih dekat dalam hal politik dan ekonomi antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, North Borneo dan Brunei. “Persekutuan Malaysia” dipromosi sebagai idea yang menguntungkan semua pihak.

RINTANGAN TERHADAP PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN

Dalam tahun yang sama ketika cadangan itu dikemukakan, Malaya dan Singapura bersetuju dengan gabungan tersebut dan mengeluarkan suatu memorandum. Wakil-wakil daripada empat rakan kongsi bagi Persekutuan Malaysia telah membentuk Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) dan memberikan syor-syor, antaranya: agar perlembagaan Malaya 1957 menjadi dasar perlembagaan Malaysia tetapi dengan pindaan daripada Sabah dan Sarawak; Melayu akanmenjadi bahasa rasmi; Islam menjadi agama rasmi kecuali di Sabah dan Sarawak, dan Sabah serta Sarawak akan mengurus hal-ehwal imigresen mereka sendiri.

Dari 1962 sampai 1966, Indonesia di bawah Presiden Sukarno melancarkan “Konfrontasi” untuk membantah pembentukan Malaysia, dan menyatakan bahawa Malaysia ialah negeri boneka British untuk meluaskan kuasa pemerintahannya. Filipina pun membantah, dan mendakwa bahawa North Borneo adalah sebahagian negaranya.

Suruhanjaya Cobbold yang dianggotai lima orang, pergi mengkaji pendapat rakyat Sarawak dan North Borneo terhadap cadangan membentuk Malaysia. Kajian yang diadakan di antara Februari dan April 1962 mendapati bahawa antara kebimbangan utama mereka adalah takut akan dominasi pemerintahan daripada orang Melayu, penyebaran Islam, eksploitasi sumber alam dan peminggiran budaya dan bahasa tradisi.

Pengerusi Suruhanjaya Lord Cobbold menulis bahawa Malaysia harus diakui sebagai “persatuan rakan kongsi, bergabung dalam kepentingan bersama untuk membentuk satu negara yang baru, tetapi mempertahankan keperibadian masing masing” – dan memberikan amaran bahawa sebarang keinginan untuk menguasai Sarawak dan North Borneo untuk menghapuskan keperibadian tersendiri mereka, tidak akan disetujui dan tidak berjaya.

PERSETUJUAN UNTUK SALING MENGHORMATI

Setelah cadangan Suruhanjaya tersebut, satu Komiti Antara-Pemerintah ditubuhkan untuk memperhati perlembagaan baru dan menjaga kepentingan-kepentingan khas Borneo Utara dan Sarawak. Usaha Malaya dan United Kingdom untuk memujuk Borneo Utara dan Sarawak supaya menyertai gabungan itu diteruskan.

Sebelum bergabung dengan Malaysia, Sarawak dan North Borneo ingin agar terma 18-perkara dan 20-perkara dipersetujui bersama. Walaupun terma-terma itu diterima, hanya sebahagian dimasukkan dalam Perlembagaan.

Ketika persetujuan terhadap Persekutuan Malaysia ditandatangani pada Julai 1963, Brunei menarik diri pada saat-saat terakhir kerana percanggahan pendapat dalam cadangan berkaitan dengan pengurusan hasil minyaknya. North Borneo bergabung sebagai negeri Sabah sementara Sarawak tetap menggunakan namanya. Sarawak menjadi negeri berdaulat pada 22 Julai 1963 dan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan menjadi Ketua Menteri yang pertama, sementara Sabah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan Tun Mohd Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri.

Malaysia sepatutnya dibentuk pada 31 Ogos 1963. Bagaimanapun, bantahan daripada Indonesia dan Filipina dan penantian akan laporan daripada Bangsa-Bangsa Bersatu tentang hasil kajian pendapat umum yang kedua kali menyebabkan peristiwa bersejarah itu ditunda kepada 16 September 1963. Pada 1965, Singapura keluar dari Malaysia.

MORE INFO HERE: http://www.necf.org.my/index.cfm?menuid=178&parentid=144

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s