Perebutan sengit banyak calon BN di Ba’kelalan

Posted: 4 April 2016 in Uncategorized

By Azlan Noor Adeli

LAWAS:Terlalu sesak, itulah ungkapan terbaik bagi menggambarkan jumlah calon yang berminat untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN)  bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba Kelalan ini.

Mutang Tagal._0000
Mutang Tagal

Beberapa individu dikatakan berminat untuk mewakili BN di kawasan itu, termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negerinya. Datuk Nelson Balang Rining, Timbalan presiden SPDP, merupakan antara nama yang berminat, selain mantan Ahli Parlimen tahun 80-an, Mutang Tagal.

Nelson memenangi  kerusi itu dua kali, termasuk dalam pilihan raya kecil, sebelum digugurkan dalam pilihan raya lalu.

Dua lagi nama yang disenaraikan SPDP ialah Barry Baru Sigar dan Sam Laya, setiausaha dan penolong setiausaha  bahagian SPDP, masing-masingnya.

Kerusi ini dianggap hitam bukan sahaja kerana ditawan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi juga disebabkan pertelagahan dalam kalangan parti komponen.

Kerusi majoriti Orang Ulu itu daripada kaum Lun Bawang dan Kelabit itu dimenangi oleh pengerusi PKR Negeri, Baru Bian dengan majoriti 473 undi apabila beliau  menewaskan Willie Liau daripada SPDP dalam pilihan raya 2011.  Kawasan itu mempunyai sekitar 7,000 pengundi.

Bagi merungkaikan isu pertelagahan calon Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dijangka tiada pilihan melainkan terpaksa menampilkan calon langsung BN bagi memastikan kemenangan. Namun, jika berlaku sabotaj-mensabotaj, hal ini akan menguntungkan pihak lawan.

Justeru, calon langsung dipilih itu dikatakan seorang yang benar-benar mempunyai kewibawaan dan disegani pengundi di kawasan pedalaman itu. Calon berkenaan tidak semestinya muda, sebaliknya seorang yang dikatakan mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Ketika SarawakVoice berkunjung ke sini baru-baru ini, antara isu dibangkitkan pengundi ialah keadaan jalan raya, bekalan air bersih, pembinaan sekolah menengah, hospital dan bekalan elektrik, ketiadaan sekolah menengah di Long Semadoh, klinik, masalah penyeludupan di sempadan,  kemudahan telekomunikasi, wifi, dan isu tanah NCR.

 

Berdasarkan pemerhatian  wakil SarawakVoice, penyeludupan semakin menjadi-jadi di sempadan Ba Kelalan dan Krayan Kalimantan.

Menurut  penduduk tempatan, lebih kurang 10,000 liter diesel dan 50 tong gas memasak dan barangan subsidi lain diseludup setiap hari ke sempadan Kalimantan sehingga menjejaskan ekonomi peniaga kecil di Ba Kelalan.

Sekitar 40  buah pacuan empat roda melalui sempadan ini dengan membawa diesel dan barangan lain dengan terang- terangan.

“Perkara ini telah dilaporkan di akhbar dan YB tetapi tidak ada tindakan yang diambil,” kata seorang penduduk.

Kini sempadan tersebut dikendalikan oleh imigresen dan askar tanpa pihak kastam.
Para penduduk mendakwa berpuluh-puluh buah kereta mewah yang dicuri dari Sabah dan Sarawak, dibawa masuk ke Krayan Kalimantan.

“Polis dan Tentera Indonesia tidak mahu bekerjasama untuk membanteras isu kecurian kereta. Tidak hairanlan, kebanyakan kereta di daerah tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran. Penyeludupan dadah pun berlaku di sini dan mungkin juga pemerdagangan manusia,” tambah seorang daripada penduduk, yang enggan dikenali.

ba kelalan_0000

Untuk itu, penduduk mencadangakan agar CIQ dibina di sempadan Ba Kelalan Kalimantan untuk membanteras penyeludupan barangan subsidi, kecurian kereta dan dadah. Dipercayai ia akan memulihkan kembali ekonomi peiaga di Ba Kelalan.

Selain itu, isu ketiadaan kad pengenalan juga menjadi masalah bagi lebih kurang seribu penduduk Ba Kelalan. Ini disebabkan masalah perhubungan  jalan raya  yang tiada sebelum ini.

“Kerana tidak ada kad pengenalan maka mereka tidak dapat mendaftar sebagai pengundi. Untuk menyelesaikan masalah yang bertahun-tahun ditanggung, mungkin Putrajaya dapat membantu; jika tidak mereka ini umpama pendatang haram di negara sendiri,” katanya.

Pengundi di beberapa kampung mendakwa ada janji yang belum dikotakan oleh kerajaan.

Mereka mahu wakil rakyat yang dapat membawa pembangunan ke kawasan terbabit.

Pertengahan Februari lalu,  Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan  menasihati mereka yang tidak dipilih sebagai calon agar tidak merajuk.

“Sesiapa pun dipilih mewakili BN di kawasan Ba’Kelalan, kita semua perlu menyokong.

“Jika tidak dipilih jangan merajuk dan jangan membawa kumpulan lain menentang kerajaan,” katanya dalam satu majlis di sini.

“Kita harus memastikan siapa dipilih perlu disokong dan bersatu kerana kita mahu Ba’Kelalan kembali kepada BN sekali gus memastikan kaum Lun Bawang maju bersama BN,” tambahnya.

Awang Tengah berkata  kerajaan  ingin memastikan penduduk di Ba’Kelalan  dibawa ke dalam arus perdana pembangunan dan  semua itu hanya dapat dilaksanakan kalau mereka menyokong BN.

Namun, para pengundi sedar jika berlaku pertembungan sesama sendiri dan tidak terdapat kompromi, kemungkinan besar calon PKR akan mendapat manfaat.

Dijangka Baru Bian akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya nanti. – SARAWAKVOICE.COM

 

– See more at: http://sarawakvoice.com/2016/03/23/perebutan-sengit-banyak-calon-di-ba-kelalan-bn-dijangka-kemuka-calon-langsung/#sthash.9US7YJIW.dpuf

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s