LEBALUH BORNEO HIGHLAND RESORT

ALAMAT WEBSITE LEBALUH BORNEO HIGLAND RESORT: KLIK DISINI

AIR TERJUN LEBALUH

AIR TERJUN LEBALUH

Homestay di LEBALUH BORNEO HIGHLAND RESORT terletak di kampung Long Tanid, Sentral Long Semadoh, Lawas, Sarawak, Malaysia. Penduduk disini dari suku kaum Lun Bawang dari golongan Orang Ulu. Terletak di kawasan tanah tinggi bergunung ganang lebih 2200 meter dari aras laut. Iklim kampung sejuk dibawah paras 27’C pada siang dan mencecah dibawah 15’C pada malam hari diantara bulan Julai dan menjelang bulan Disember.

Pelancong asing dan penduduk kampung bergambar bersama pemilik Resort. Philip Pengiran Racha

Kampung Long Tanid 100 km dari bandar Lawas dan boleh dikunjungi dengan jalan raya yang dibuat oleh kompeni pembalakan (Samling Timber Sdn Bhd) sejak tahun 1996. Jarak perjalanan mengunakan kereta pacuan 4 roda (4WD) 2-3 jam mengikut keadaan cuaca. .

PELANCONG MENYEBERANGI SUNGAI LEBALUH
PELANCONG MENYEBERANGI SUNGAI LEBALUH

Kampung Long Tanid mempunyai kira kira 40 buah rumah dan lebih dari 500 orang penduduk yang sangat ramah akan tetapi kaum belia kebanyakkannya telah keluar bersekolah dan berkerja di bandar seperti Lawas, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Labuan, Sabah, Semenanjung dan luar negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Irland.Tetapi dari masa ke semasa meraka akan pulang ke kampung terutama menjelang perayaan Natal pada bulan Disember setiap tahun.

Pertanian dan Penternakan haiwan adalah sumber ekonomi utama penduduk kampung. Selepas musim padi, mereka menternak ikan, menanam sayur, buah buahan dan menghasilkan kraftangan untuk sumber ekonomi sampingan. Sebilangan lelaki aktif masuk ke hutan berburu rusa, kijang, pelanduk dan babi hutan untuk sumber daging serta untuk dijual dikalangan penduduk setempat.

Sumber air utama adalah sungai batang Terusan. Selain itu ada beberapa batang sungai sungai kecil seperti sungai Rebatuh sungai Lebaluh (sumber air paip graviti untuk makan minum), sungai Reratu’ dan sungai Repuak yang digunakan untuk sumber pengairan petak sawah padi.

AIR TERJUN DI LEBALUH RESORT
AIR TERJUN DI LEBALUH RESORT

Sumber bekalan elektrik menjana kuasa untuk lampu pula adalah dari injin generator yang mengunakan minyak petrol. Kegunaannya hanya dari jam 6 malam- 9 malam mengikut kemampuan individu dan amat terbatas kerana harga petrol yang mahal, kadang kala mencecah 2-5kali tinggi dari harga di bandar. Oleh itu biasanya penduduk hanya bercahayakan lampu minyak tanah(kerosin).

Penduduk kampung Long Tanid sangat terbuka dan ramah menerima kunjungan tetamu datang dari luar yang datang untuk melancong atau datang mencari kerja terutama dari kalimantan Utara Indonesia (Long Bawan) pada musim puncak menuai padi sekitar bulan Disember-Februari setiap tahun.

Bagi menambah sumber ekonomi, Projek Homestay telah diusahakan oleh beberapa penduduk menyediakan rumah untuk pelancong menetap dengan harga yang murah. Diketuai oleh Saudara Pengiran Racha Umong seorang pesara pagawai Imigresen. Pemandu pelancong, saudara Pengiran Berauk boleh membantu para pelancong baik dalam bahasa Melayu dan English juga dengan harga yang standard.

Tarikan untuk datang ke kampung Long Tanid ialah kampung ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika berusia ratusan tahun, pemandangan sawah padi gunung ganang sungai dan beberapa anak sungai yang jernih dengan udara sejuk segar serta bersih bebas dari pencemaran, sangat sesuai bagi seseorang yang mencari ketenangan.

Selain kita dapat mengenali adat istiadat suku kaun Lun Bawang yang unik dengan makanan, adat resam, tarian, kraftangan dan keindahan bunyi bunyian muzik tradisional terutama pencaragam ‘Bamboo Band’ yang sangat terkenal dan biasanya hanya dimainkan pada perayaan Pesta Lun Bawang yang dirayakan di bandar Lawas, sempena perayaan Gawai Dayak pada 1-2hb Jun setiap tahun di Sarawak.

Aktiviti riadah seperti berkelah ke air terjun di sungai Libaluh, mengikuti kelompok menanam atau menuai padi, menangkap ikan di sawah, mencari sayur hutan, mempelajari memasak dan membungkus nubalaya nasi popular orang Lun Bawang, proses ‘tupeh banak’ untuk untuk membuat kuih pinaram, memasak makanan didalam buluh bambu seperti ‘ayam pansuh’ yang amat popular di Sarawak dan ‘nune’ (lemang) boleh dilakukan bersama penduduk setempat semasa melancong disini.

Selain itu, pelancong boleh mengunjungi dan menikmati keindahan kawasan sejarah mitos penduduk Lun Bawang seperti ‘Batu Narit’, kawasan perkuburan lama yang dipenuhi seramik dari distinasi Ming dan tembikar dipercayai dari kurun ke 18-19.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan aktiviti lasak, pengalaman berakit sepanjang sungai Terusan dengan air yang sejuk dan bersih pasti akan menjadi kenangan, Aktiviti hiking dan meredah hutan hujan tropika yang ditumbuhi kayu kayan yang berusia lebih dari 100 tahun menambah keseronokan. Jika ingin yang lagi lasak dan mencabar kemampuan diri serta menikmati pemandangan lembah ‘Ruan Semadoh’, mereka boleh mendaki Gunung Balud, Gunung tertinggi di Long Semadoh.

Bagi golongan pelajar institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta golongan profesional yang ingin membuat penyelidikan boleh datang ke Kampung Long Tanid dan dijanjikan akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung dan orang Lun Bawang amnya.

Bagi peminat sukan lasak seperti pelumba Sukan lumba kereta pacuan 4 roda (4WD), Lumba basikal bukit, Motor-Cross. Sila bawa penganjur datang ke sini kerana bentuk muka bumi yang bergunung ganang pasti memberi satu cabaran yang luar biasa dan tiada tandingan. Penduduk pasti 100% akan memberi kerjasama kerana aktiviti ini adalah sesuatu yang baru dan akan memberi peluang untuk mereka menambah pendapatan melalui eko-pelancongan.

Gedung Gereja dan rumah pastor SIB Long Tanid

Pelancong agama Kristian juga boleh datang ke sini kerana pada musim tertentu penduduk kaum Lun Bawang akan mendaki naik ke kawasan gunung untuk menjalankan ritual keagamaan. Jangan heran walaupun amat jauh dengan berjalan kaki mendaki gunung ganang sekitar 1-3 hari kita akan menjumpai gedung bangunan Gereja yang bersaiz mega sekitar lebih 60 kaki X 100 Kaki persegi berada di puncak gunung; seperti di Gunung Doa Buduk Balud dan Gunung Doa Murud gunung tertinggi di Sarawak.

Komen-komen
  1. Wilfred berkata:

    Anun Bala,

    i just googled Long tanid, and now i see myself on these pictures..
    Very funny

    Wilfred

  2. ji sung park berkata:

    I proud to see this wedsite…how our truly people bring our place to world map…..hope God bless us forever….nice work bro…

  3. alim berkata:

    ths area i vry like..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s